Video

Wednesday, 8 February 2017

Wanita Dipukul, Disumbat Dalam Guni, Dicampak Sungai

Wanita Dipukul, Disumbat Dalam Guni, Dicampak Sungai

GARA-GARA jalin hubungan dengan suami orang, seorang wanita nyaris maut setelah dibelasah sebelum diikat dan dicampakkan ke dalam Sungai Klang dari jambatan di Lebuh Raya Kemuning-Shah Alam (LKSA) di Seksyen 24, kelmarin.

 

Mangsa yang merupakan pekerja kilang warga Indonesia, bagaimanapun bernasib baik kerana sempat diselamatkan oleh orang awam yang menyaksikan kejadiaan itu kira-kira 11 pagi.
Menurut laporan Harian Metro, mangsa diperlakukan sedemikian oleh dua lelaki tempatan berusia 20-an.
Sebelum kejadian, wanita berusia 35 tahun itu mendakwa dia didatangi oleh dua lelaki berkenaan di kediamannya di Taman Sri Muda, Padang Jawa pada 10.30 malam kononnya untuk dibawa berubat dengan menaiki van.

Namun, dalam perjalanan, seorang suspek menekup mulut mangsa dengan sarung tangan dan memukul kepala serta kaki mangsa dengan besi paip kerana mangsa cuba melawan sebelum diikat kemudian dimasukkan dalam guni sebelum dicampak ke Sungai Klang.

Seorang lelaki yang kebetulan melihat guni yang dibuang dua suspek, bergerak-gerak dan mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena, lalu segera menghubungi polis dan anggota bomba jam 11.52 pagi.
Mangsa diselamatkan oleh anggota bomba Shah Alam dan ditemui dalam keadaan separuh sedar, kaki dan tangannya diikat, selepas terapung-apung di sungai itu selama setengah jam sebelum dihantar ke Hospital Shah Alam untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Semasa ditemui, mangsa berjaya keluar dari guni yang tidak diikat namun kedua-dua belah kaki dan mulutnya masih diikat menggunakan pita pelekat. Mangsa juga cedera di bahagian kepala dan kedua-dua belah kakinya.

Berdasarkan maklumat dan siasatan, polis telah menahan dua suspek. Selain van, beberapa barangan seperti pita pelekat dan besi paip yang digunakan dalam kejadian itu turut ditemui.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, kedua-dua suspek tidak mempunyai pekerjaan tetap dan tiada rekod jenayah lampau.

Siasatan awal juga mendapati, motif kejadian dikatakan akibat suspek tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa yang dipercayai mempunyai hubungan sulit dengan ahli keluarga seorang suspek. Selain itu, mangsa juga didakwa suka mereka-reka cerita.

Suspek kini direman sehingga 13 Februari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh.

 

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More