Video

AWAS! Penjenayah Ada Di Mana-mana

Anda perlu bersedia. Mereka akan bertindak ketika anda sedang leka. Lakukan sesuatu demi keluarga tersayang.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Thursday 11 August 2011

Budak Sekolah Jadi Geng Pecah Rumah....Alahaaaiii!

3 pelajar rompak rumah guru


LIMA remaja direman empat hari kerana terbabit kes pecah rumah di Betong, kelmarin.
Dua remaja mengaku upah RM30 pecah masuk kediaman direman

KUCHING: Tiga pelajar sekolah menengah di Bentong, termasuk seorang yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diupah RM30 untuk memecah masuk rumah dua guru mereka.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi Jumaat lalu, tiga pelajar terbabit diupah dua remaja untuk merompak dua guru wanita Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Spaoh mengakibatkan kerugian lebih RM5,000 selepas rumah sewa mereka di Kampung Bungin dipecah masuk dan suspek melarikan wang tunai, telefon bimbit serta barang kemas.

Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Mohd Bukhori Saffai, berkata pihaknya yang menerima laporan mengenai kejadian itu melancarkan operasi mengesan kumpulan perompak terbabit sebelum terserempak dua remaja berusia 18 tahun yang membawa sejumlah besar gam.

Katanya, mereka dibawa ke Balai Polis Betong selepas pemeriksaan menjumpai beberapa telefon bimbit serta wang tunai RM600 yang disyaki dicuri dari kediaman guru berkenaan dalam poket suspek.

"Dua remaja berkenaan kemudian mengaku mengupah tiga pelajar sekolah berusia antara 14 hingga 17 bagi memecah rumah guru sekolah di sekitar Betong.

"Tiga pelajar sekolah menengah berkenaan kemudian ditahan kira-kira jam 5 petang Jumaat dengan semua mereka disyaki terbabit dengan sekurang-kurangnya dua kes pecah rumah guru dalam tempoh dua bulan ini," katanya ketika dihubungi Berita Harian, di sini, semalam.

Kumpulan perompak remaja sama juga dipercayai terbabit dalam kegiatan pecah rumah seorang guru di Kampung Spaoh, pertengahan Jun lalu, yang membabitkan kerugian lebih RM2,000 kepada seorang guru lelaki berusia 47 tahun.
Difahamkan, tiga pelajar berkenaan memang mengenali dua remaja yang menjadi dalang kerana mereka tinggal sekampung selain remaja itu adalah senior mereka di sekolah yang sama sebelum ini.

Bukhori berkata, polis akan memanggil dua guru wanita berkenaan bagi mengesahkan telefon bimbit serta barang kemas yang ditemui pada suspek adalah milik mereka.

"Semua suspek kini direman selama empat hari bermula hari ini (semalam) dengan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana kesalahan pecah rumah dan mencuri," katanya.

Lagi Gambar Kes Pecah Rumah Kena Berkas

Tindakan pantas polis, berjaya tahan suspek kes pecah rumah

Posted on June 10, 2011, Friday
DITAHAN: Polis menyoal siasat suspek ekoran penemuan empat unit pembesar suara dari dalam kereta miliknya.

KUCHING: Tindakan pantas anggota polis semalam membawa kepada penahanan operator gerai makan berhubung kes pecah rumah di Semariang dua hari sebelum itu.

Bertindak daripada maklumat diterima, polis bergegas ke sebuah kedai kopi terletak di Pending sekitar jam 11 pagi dan menahan suspek berusia 28 tahun yang seterusnya membawa polis ke kereta miliknya yang dipakir di belakang premis berkenaan, di mana suspek menyimpan barangan dicurinya.

Usaha polis menyelongkar kereta milik suspek telah menemukan sebuah pemain DVD dan peralatan audio lain yang dipercayai barangan yang dicuri dari rumah mangsa pada 7 Jun lalu.
Polis juga mendapati suspek telah mencuri satu set televisyen berskrin leper bersaiz besar yang dicuri dari rumah yang sama.

Suspek dari Kampung Pinang Jawa, ditahan reman bagi membantu siasatan dan menentukan sama ada wujud pihak lain bersubahat dengannya melakukan jenayah tersebut.
Dalam insiden berasingan, pertembungan dua kereta di Samarahan Tabu lalu menyebabkan seorang pemuda, 26, dari Muara Tebas maut dalam kemalangan.

Mangsa dalam perjalanan menuju ke Kuching menumpang kereta Perodua Viva yang dipandu rakannya ketika kereta itu bertembung dengan kereta jenis Perodua Kancil sekitar jam 6.45 petang.

Gambar Grill Senang Kena Kopak Oleh Penjenayah Pecah Rumah

Gambar Grill Senang Kena Kopak Oleh Penjenayah Pecah Rumah


KUALA LUMPUR, 16 Jan – Menurut Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Hussin Ismail, tiada kes pecah masuk dilaporkan berlakudi kediaman penghuni yang mengisi borang khas pada musim perayaan dalam tempoh 10 tahun lepas.

“Excellent. Rondaan di semua rumah yang terlibat dalam program ini mendapati tiada sebarang jenayah dilaporkan berlaku walaupun di lokasi tumpuan jenayah,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Balik Kampung Rumah Selamat ke-10 di sini hari ini.



Katanya, rondaan yang dilakukan sekerap mungkin oleh anggota dan pegawai polis sepanjang tempoh 10 tahun lepas turut mendapati rumah terbabit ditinggalkan dalam keadaan baik dan mempunyai alat tambahan keselamatan.

“Rondaan dilakukan pada waktu siang dengan cara berjalan kaki, menaiki motosikal atau MPV, dan jika berjalan kaki lebih memudahkan kerana pantauan yang teliti di dalam sesebuah rumah jelas dilihat,” katanya.
Selain keprihatinan jiran tetangga, balai polis bergerak juga diwujudkan sebagai pusat operasi di kawasan-kawasan panas, katanya.

“Kerjasama dari jiran turut membantu kejayaan program ini dan diharapkan pada cuti perayaan akan datang, pencapaian ini dapat diteruskan dan dikekalkan,” katanya.

Maut Ketika Pecah Rumah


Pencuri Maut ketika Pecah Rumah



Amat menarik kisahnya… tapi kalau pencuri tetap pencuri. Samaada akan menerima balasan di akhirat Allah SWT akan tunjuk di dunia juga. Kisah gambar di atas adalah kisah sang pencuri di Kampung Sura Hujung, Dungun, Terengganu yang menemui ajalnya seperti yang dilihat di atas ketika cuba menyelit masuk melalui lantai papan rumah Wan Azhan, seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 7 , Dungun.

Wan Azhan yg baru pulang dr sekolah terkejut apabila naik ke rumahnya dan melihat ada kepala di lantai dapur rumahnya. Dia yang tidak mempercayai apa yg dilihat bergegas ke rumah jiran utk memanggil jiran mengesahkan apa yang dilihat. Dia kemudiannya terus memanggil jirannya kerana tidak percaya dengan apa yang dilihatnya tetapi mereka mengesahkan ia adalah kepala manusia. Katanya, dia turut memeriksa bahagian bawah rumah dan terkejut apabila mendapati badan mangsa terjuntai di antara lantai rumah setinggi kira-kira satu meter itu. Menurut Wan Azhan yang tinggal bersendirian di rumah tersebut sejak tahun 1983, dia mengenali mangsa yang juga jirannya.

Jangan Beli Padlock Murah Kalau Tak Nak Rumah Dimasuki Pencuri


Menjelang hari raya yang bakal tiba ramai perantau sudah berkira-kira untuk pulang ke kampung. Kemeriahan raya suadah terbayang di ruang mata. Orang-orang tersayang, juadah buatan tangan ibu dan suasana riuh rendah akan sentiasa bermain di minda.


Namun aspek keselamatan rumah perlu diutamakan. Dalam sibuk kita meraikan hari lebaran ada pula segelintir manusia bermaharajalela dan mengambil kesempatan untuk melakukan jenayah pecah rumah. Sebenarnya kebanyakan jenayah pecah rumah berpunca daripada sikap tuan rumah yang tidak menutup sepenuhnya ruang dan peluang serta benteng pertama pertahanan kita kepada tukang pecah rumah.


Umpamnaya ramai daripada kita tidak sedar atau tidak tahu atau tidak mengambil berat tentang jenis padlock yang digunakan. Umpamanya penggunaan padlock di atas sangat menbantu tukang pecah rumah untuk memecah rumah anda tidak sampai dalam masa 30 saat. Padlock seperti gambar di atas meninggalkan ruang yang besar antara padlock dan telinga ensel apabila di kunci.



Tukang pecah rumah yang profesional hanya perlu memasukkan muncung skrewdirver ke dalam ruang padlock tersebut dan memusingkan skrewdriver tersebut sehingga mampu mematahkan telinga ensel dalam masa yang sangat singkat. Inilah apa yang diberitahu oleh pakar analisis jenayah Kamal afendi dalam rancangan dialog di tv1 tadi.

Dengan hanya melakukan sedikit perubahan terhadap jenis padlock yang digunakan anda dapat mengurangkan risiko rumah anda di pecah masuk sehingga 70%. Penggunaan padlock yang betul ialah menggunakan padlock berseluar panjang seperti gambar di atas atau padlock yang tidak meninggalkan apa-apa ruang di antara ensel dan telinga ensel seperti gambara di bawah. Ini akan menyebabakan tukang pecah rumah tidak dapat memasukkan sebarang objek keras seperti skrewdriver untuk mematahkan telinga ensel. Sekali lagi perubahan kecil membawa makna yang besar.....Hanya dengan penggunaan padlock yang tidak memberi ruang anda dapat menyelamatkan harta benda anda yang sangat bernilai atau personal item yang sangat anda sayang...

Kes Rompakan Pecah Rumah Di Subang Jaya USJ 3 2011

Gambar kes rompakan pecah rumah di Subang Jaya USJ 3

17 April yang lalu, sebuah rumah di Subang Jaya USJ 3/3 telah dirompak dan dikira sebagai kes pecah rumah, melibatkan 4 orang lelaki berbangsa india yang memakai topeng.
Berikut merupakan kenyataan yang ditulis mengenai tragedi yang berlaku ini :
"My friend’s house was broken into last night (17/4/11) at around 10.20 pm in the USJ 3/3 area. 4 Indian guys dressed totally in black and wearing masks and gloves scaled her wall and prised up her inner grille gate (pls see attached photo). Shocking!
She and her husband were upstairs while her 12 yr old son and maid were downstairs. Her son heard the sound of the robbers breaking in and ran upstairs but the robbers were so fast. One held a parang to my friend’s neck while another held a sword to her husband’s neck. Fortunately, after taking their jewellery, money, laptop and handphones, they left. No one was injured.
Please be on the alert."
grill pecah rumah Gambar kes rompakan pecah rumah di Subang Jaya USJ 3

Bahaya betul, pintu pagar dah kunci pun boleh dibuka sampai bengkok-bengkok. Mungkin besi pagar tu besi pagar murahan? Made in China? Atau kerana besi pagar tersebut jenis besi kosong yang sememangnya mudah untuk dilenturkan?

Apa-apa pun, sila berjaga-jaga dan amalkan keselamatan yang lebih unutk diri anda dan keluarga. Nasib baik ahli keluarga mangsa tidak diapa-apakan.

 Petikan dari http://notakosong.com

Aksi Brutal Penjenayah Malaysia

Kejadian jenayah ragut, pukul, pecah rumah dan culik nampaknya tidak berkurangan walaupun pihak PDRM telah mula mengarahkan 6,000 anggota yang sebelum ini membuat kerja-kerja pentadbiran untuk turun membuat rondaan.

Penjenayah juga semakin berani dan ‘brutal’.  Seminggu yang lalu kita dikejutkan dengan kejadian di mana seorang warga Indonesia ditikam mati hanya kerana gagal mendapatkan wang RM10 sebagai upah menunjukkan arah di Stesen LRT Sultan Ismail berdekatan Wisma Sime Darby Kuala Lumpur.

Hari ini kita dikejutkan lagi dengan aksi ‘brutal‘ penjenayah yang sanggup mengejar dan memanjat pagar untuk meragut rantai emas dari seorang wanita dalam kawasan pagar rumah jiran wanita berkenaan.
Mana tak brtutal, dah la panjat pagar untuk meragut siap bawak parang lagi, mujur wanita berkenaan tak ditetak dan yang paling menakutan ialah jenayah ini dilakukan pada waktu siang hari.

Penjenayah brutal
Penjenayah brutal (sumber:nst.com.my)

Kalau kita imbas kembali berita jenayah pecah rumah, samun dan ragut sejak awal tahun ini kita akan dapati bahawa jenayah ini berlaku hampir setiap hari.  Penjenayah juga semakin brutal dan kita tidak nampak tanda-tanda yang jenayah ini akan berkurangan.

Nampaknya kita perlu sentiasa berwaspada dan mengambil inisiatif sendiri agar risiko ini dapat dielakkan atau setidak-tidaknya kebarangkaliannya untuk menimpa diri dan keluarga kita dapat diminimakan.
Kadang-kadang kecuaian kita (orang putih kata ‘take for granted’) atau ahli keluarga sendiri yang mengundang jenayah, contohnya tidak mengunci pintu rumah dan pintu pagar bila keluar rumah dengan alasan kita perlu keluar sebentar sahaja.

Berita Kes Pecah Rumah Di Senawang

Kes Pecah Rumah Semakin Tak Terkawal di Senawang 




Harian Metro
 
SEREMBAN: Kira-kira 1,000 penduduk Taman Lavender Height, Senawang, dekat sini, kini perlu lebih berwaspada terutama pada waktu malam susulan beberapa kejadian pecah rumah yang berlaku sejak kebelakangan ini dipercayai didalangi warga asing.

Sejak awal tahun ini hingga akhir bulan lalu, sekurang-kurangnya tiga kes pecah rumah dilaporkan membabitkan beberapa rumah penduduk di taman berkenaan terutama pada tengah malam dan awal pagi.

Kebanyakan kediaman yang menjadi sasaran mereka itu ialah rumah yang terletak di bahagian tepi atau berhampiran kawasan lapang kerana dipercayai memudahkan mereka melarikan diri selepas melakukan kegiatan jenayah.

Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Lavender Height, Mohamad Ghazi Rashid, 45, berkata pihaknya mendapati kumpulan penjenayah terbabit menceroboh masuk dalam kawasan rumah melalui beberapa lokasi tertentu.

Beliau berkata, mereka menggunakan pelbagai cara antaranya memotong bahagian bawah dawai pagar dan menanggalkan pintu pagar kecil yang terletak di bahagian belakang selain memanjat pagar sebelum menceroboh rumah penduduk.

“Setakat enam bulan pertama tahun ini, sekurang-kurangnya tiga kes pecah rumah dilaporkan penduduk kepada KRT taman ini manakala sepanjang tahun lalu dan tahun sebelumnya, lebih daripada 10 kes dilaporkan.

“Kejadian pecah masuk terbaru berlaku kira-kira dua minggu lalu membabitkan sebuah rumah teres di Jalan 21 dan berdasarkan maklumat mangsa, kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 2 pagi ketika dia dan ahli keluarga tidur,” katanya.

Beliau berkata, seorang daripada ahli keluarga terbabit terjaga selepas mendengar bunyi pintu dapur seperti diumpil dan dia terus pergi di bahagian berkenaan.

Menurutnya, sebaik menyedari ada penghuni rumah terbabit yang datang ke arah dapur rumah itu, penceroboh terbabit melarikan diri.

Katanya, pemerikasaan mendapati jeriji pintu itu dipotong manakala terdapat kesan umpil pada pintu.

“Dalam kes lain sebelum ini, juga mendapati penceroboh menggunakan kaedah sama iaitu memasuki rumah melalui pintu dapur sebelum masuk ke bilik dan mengambil barangan berharga,” katanya.

Berikutan kejadian itu, beliau berkata, anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang diwujudkan di bawah seliaan KRT taman itu memperhebatkan aktiviti rondaan bermula jam 11 malam hingga 6 pagi pada setiap Jumaat hingga Ahad.

“Selain itu, kami melakukan rondaan mengejut pada malam tertentu bagi mengesan kemungkinan ada individu atau kumpulan tertentu yang cuba mengambil kesempatan untuk melakukan kegiatan jenayah terhadap penduduk taman ini.

“Menjadi matlamat kami untuk memastikan taman ini bebas kegiatan jenayah,” katanya.

Sementara itu, penduduk, Mohamad Yusof Mat, 64, berkata rumah jirannya pernah dimasuki pencuri awal bulan lalu, namun pencuri terbabit gagal memenuhi hajat mereka apabila penghuni berkenaan bertindak pantas menghalang tindakan mereka dengan kerjasama anggota SRS.

Beliau yang juga pesara kerajaan berkata, kewujudan SRS di taman itu banyak membantu dalam menyelesaikan pelbagai masalah membabitkan aktiviti pecah masuk, sekali gus memastikan keselamatan penduduk terjamin.

http://www.hmetro.com.my

Cerita Sedih Dari Mangsa Kes Pecah Rumah.....Sila Ambil Iktibar!


pecah rumah

Petikan dari blog http://mirocornerz.blogspot.com . Thanks!

Assalamualaikum…ha, geng…lu apa crita…ari ni gua ada crita..critanya agak buleh hangin satu badan…marah, bengang, sedih..perasaan ku bercampur baur…Hari ini aku ada tragedi yg xdiingini berlaku..critanya seperti yg tertera di bahagian tajuk tu…Rumahku Di Pecah Masuk..

Pada hal, pencuri tu xpecah apa2 pun…aku pun xtau ar…geram gila ar lahanat2 tu...tapi aku xleh salahkan seratus peratus kpd pencuri sebabnya kecuaian aku dan housemate aku gak…kunci pintu umah ala kadar jer…Barang yg ilang suma barang housemate aku 2 org tu.

Kira2 nya kejadian berlaku antara pukul 11 – 12 pagi tadi lah…suma pakat dop tido mati..xsedarkan diri suma…hari cuti kan…membuta lelebih ar..tp aku solat Jumaat xponteng..ahaks…Jumlah kerugian boleh dianggarkan 2 ribu gak ar…huh, byk tu. Pencuri tu menyelinap masuk dan telah mencuri..ye ar dah nama pencuri mestilah mencuri xkan nak membasuh pulak kan..haiyaa…2 bijik handphone dan satu dompet berserta cash bernilai RM250++…

Selepas solat Jumaat, mangsa yakni housemate aku pergi report polis dan dalam pukul 6 ptg camtu, 2 org polis datang interbiu  kami bertiga sambil snap2 pic lokasi kejadian..Aku x menjadi mangsa sebab aku tido dlm bilik tp pintu bilik aku ternganga luas…Nasib baik ar laptop 3  bijik kat ruang tamu (termasuk aku punya ar) tu si celaka tu xsebat gak…klu ilang gak mmg aku menangis xberlagu la…SIAL PENCURI..


Untuk pengetahuan umum, sepanjang aku dop umah sewa kawasan Sg Rasau Shah Alam ni, dah 3 kali kejadian pencuri masuk umah (termasuk hari ni la). Tp 2 kejadian awal tu kat umah lama yg berada di blok lain. Syukur Alhamdulillah, barang2 aku belum jadi mangsa lagi…Semuanya kes kunci pintu umah ala kadar jer…Pintu jeriji besi ada tp xnak kunci…Kes lebih kurang, tido di ruang tamu. Yang second tu, aku xda kat umah..bercuti balik kg…

Kesian kat memember aku, sorang ilang HP yg dibeli bulan 7 thn lepas, harga 1 ribu lebih..sorang lagi HP harga 400 dgn dompet yg ada cash money RM250 ++…Aku suspek budak2 celaka area taman ni jer…sbb mangsa cuba telefon HP dia, ada org angkat tp suara halus2 cam perempuan pun ada, cam bebudak pun ada…

So, kami berdoa je la kat Tuhan…benda dah jadik dan susah pak polisi nak selesaikan kes camni…xda bukti..xda jejak apa2…nak wat camna..benda berlaku dek kesilapan sendiri..pencuri buat kerja dia jer..ahaks..ayat macam bela si lahanat pencurik plak dah…CELAKA PENCURI..Sekian, Terima Kasih..Kita kembali ke Sri Pentas..

Moral of the story – Kuncilah pintu rumah anda sebaik mungkin. Pencuri ada di mana2..

Berita Kes Pecah Rumah Di Nusajaya

KEJAYAAN POLIS MENYELESAIKAN KES PECAH RUMAH DI NUSAJAYA

 






Pada 23 Mei 2011 jam 3.45 petang, sepasukan anggota Cawangan Pencegahan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD ) Nusajaya telah menahan sebuah kereta Nissan Sentra dinaiki oleh ( 3 ) lelaki Cina di kawasan Bukit Indah. Pemeriksaan yang dibuat di dalam kereta tersebut, pihak polis telah menjumpai beberapa alat pemutar skru, spanar, gunting besi, grander dan set allenkey pelbagai saiz. Ketiga-tiga lelaki Cina berumur 33 hingga 40 tahun telah ditangkap kerana terlibat dalam kes-kes pecah rumah.

Ekoran dari tangkapan ini, pihak polis telah menangkap seorang perempuan Cina berumur 36 tahun di sebuah hotel di Johor Bahru jam lebih kurang 9.00 malam pada hari yang sama. Hasil pemeriksaan ke atas kereta Toyota Camry miliknya, pihak polis telah merampas beberapa buah komputer riba, jam tangan, kamera digital dan lain-lain barangan yang dipercayai telah dicuri.

Pihak polis telah menjalankan siasatan lanjut pada 28 Mei 2011 jam lebih kurang 1.30 pagi telah berjaya menangkap dua ( L ) Cina dan seorang ( P ) Cina berumur antara 28 hingga 38 tahun di Bandar Jaya Putra, Setia Indah. Pihak polis telah merampas pelbagai hasil pecah rumah antaranya LCD TV, beberapa buah komputer riba, CPU komputer, digital audio, set home theater, beberapa utas jam tangan, kamera, telefon bimbit dan kereta Toyota Caldina yang dilaporkan hilang bersabit Pelabuhan Klang Rpt: 1841/11.

Semakan rekod mendapati tiga saspek mempunyai kesalahan lampau iaitu Seksyen 457 Kanun Keseksaan ( wanted ) pada tahun 2009 di Kangkar Pulai Nusajaya, Seksyen Akta Dadah Berbahaya 1952 pada tahun 2008 di Johor Bahru Selatan, Seksyen 39A Akta Dadah Berbahaya ( wanted ) pada tahun 2007 di Bandar Hilir, Melaka dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya pada tahun 2007 di Bandar Hilir. Daripada ahli kumpulan ini telah ditangkap di bawah Sesyen 3 (1) Ordinan darurat pada 07 Jun 2011. Seorang saspek telah diserahkan untuk tindakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka manakala tiga orang dibebaskan. Dengan tumpasnya kumpulan ini, sebanyak 10 kes pecah rumah di kawasan bandaraya telah berjaya diselesaikan.

Sila Ambil Iktibar Terhadap Kes Kecurian Dan Pecah Rumah Ini!

Jenayah Pecah Rumah dan Kereta di Taman Pelangi Indah

Keluhan Si Ibu Yang Dalam Ketakutan.....
 
Salam kepada semua serta yang berkhidmat untuk rakyat.

Jenayah rompakan, kecurian, pecah rumah dan kereta yang di `park’ hadapan rumah sendiri memang bukan perkara asing. Pihak penduduk telah ikhtiar membuat precaution dengan memasang pagar tambahan, alarm dsbnya.

Kes  aduan ini adalah berkenaan  hutan belukar yang berhadapan dengan deretan rumah yang sekarang saya diami tidak kurang 50 ekar. Dulu sebelum kami membeli rumah Taman Perumahan ini, pihak pemaju menyatakan akan dibangunkan juga tetapi sudah hampir 10 tahun hanya hutan semakin menebal. Kawasan perumahan yang di maksudkan adalah di:-Taman Pelangi Indah, Ulu Tiram 81800 Johor.

Baru baru ini jenayah semakin menjadi. Perompak bersembunyi di dalam hutan menunggu mangsa. Bila berpeluang samada memecah masuk rumah atau kereta atau terus menyerang mangsa semasa penduduk dalam process untuk memasuki rumah atau keluar rumah. Selepas penduduk menjadi mangsa, ada mengambil keputusan berpindah ke kawasan lain. Itu yang bagi mereka yang  menyewa tapi apa pula nasib kami yang telah membeli rumah dan menetap disini? Rumah saya sendiri pernah juga di pecah masuk 2X sewaktu kami balik kampong walaupun pagar tajam dipasang tinggi dan ada alat penggera, lampu di pasang berlebihan. Semua ini kos yang lebih terpaksa saya tanggung walaupun sebagai ibu tunggal dan masih menanggung anak2 yang masih belajar dengan pendapatan tak seberapa.

Dalam keadaan ini ada pula yang mengambil kesempatan. Pihak perkhidmatan sekuriti yang agak pressure kami untuk menandatangani persetujuan memasang pagar hijau dan khidmat sekuriti yang saya sendiri tidak nampak tujuannya kerana pagar masih boleh di potong dan sekuriti hanya seorang diri di post. Sekuriti pula berasal dari negeri asing. Nyawa kita di serah kepada Rakyat Myammar, Bangla dsb. ? Perkhidmatan ini mengenakan bayaran bulanan. Adakah Malaysia tidak selamat?

Jam 8.10pm baru tadi,(16.05.2011) sebelum saya menulis ini, jiran saya telah di samun oleh empat orang berpakaian hitam bertopeng yang menyerang sesampai mereka ke hadapan rumah meraka.Hanya sekelip mata penyamun2 bertindak. Mereka  begitu berani menyerang  empat  buah kereta serentak dari hutan belukar yang di hadapan rumah kami di Jalan Ayu 24 Taman Pelangi Indah 81800 Ulu Tiram Johor, dengan bersenjatakan benda tajam, memecah cermin kereta dan terus menyamun wang, telefon mahal2  dan benda yang berharga lain. Menurut jiran saya tidak kurang 10 ribu ringgit semuanya. Selepas itu mereka menyelinap balik ke dalam belukar.  Polis datang tapi sudah terlalu terlambat, lagi pun sudah gelap di hutan. Polis tidak dapat kesan atau buat apa2. Kalau K9 ada harus dapat megesan track. Jiran saya dari tadi sampai sekarang belum balik lagi kerana harus ke Polis Central untuk berjumpa pegawai penyiasat. Sekarang sudah hampir jam 1.00mlm.

3 Hari dulu..jam 8.41pm ( 14.05.2011), Kereta adik saya yang baru sahaja  di letakkan di depan rumahnya di 53 Jalan Ayu 23, Taman Pelangi Indah 81800 Ulu Tiram di pecah juga, tapi mereka cabut lari sebaik alarm kereta berbunyi dan hanya sempat melarikan sedikit wang , talipon, jam tangan di dalam deskbox. Kami talipon polis sebaik saja berlaku, Kami buat lapuran di balai berdekatkan dan seterusnya di suruh ke polis central..selesai proses lapuran dan dengan pegawai penyiasat pukul 2 mlm. Kami terpaksa mengangkut 2 anak kecil bersama2  dengan keadaan kaca berteraburan di dalam kereta 17 batu dari balai berdekatan yang menyuruh kami ke polis central di pusat bandaraya ..semua ini hanya untuk menambah statistik supaya pihak berkuasa tahu adanya jenayah berlaku.

Proses melapur polis sebeginilah yang menyebabkan ramai yang tidak acuh untuk membuat lapuran kepda polis. Mereka tahu barang mereka tentu tak dapat balik, penjenayah pula tengah happy2 joli..kita pula terpaksa bersusah payah menunggu dsbnya.

Saya menulis ini kerana saya sangat berasa takut terutama demi anak2 saya. Perkara perkara berikut harus di ambil tindakkan oleh pihak berkenaan.
  1. Pemaju  harus bertanggungjawab  menebas dan membersihkan kawasan berlukar disana sini didalm taman ini supaya penjenayah tidak dapat sekodeng dan sembunyi.
  2. Pihak perkhidmatan sekuriti tidak boleh mengambil kesempatan sehingga menyukarkan kami.
  3. Polis adalah di minta membuat pematauan dari masa  di kawasan kawasn belukar untuk memastikan tiada potensi perompak bersembunyi dan bersekodeng.
MINTAK LAH TOLONG SANGAT2. SAYA DAN SEMUA DISINI HIDUP SEHARIAN DALAM KETAKUTAN. HARUSKAH KAMI HIDUP DALAM KURUNGAN? ANAK2 TERPAKSA KELUAR MASUK BERSEKOLAH DSBNYA. TIDUR PUN TIDAK LENA.

Terima Kasih dari seorang ibu.
By: Intan Mohd

Cara Mudah Elak Rumah Anda DI Pecah Masuk

PECAH RUMAH 

CARA MENCEGAHNYA:

Perlindungan SECARA FIZIKAL
  • Pasangkan ‘door viewer’, penyelak pintu utama.
  • Pintu utama perlu diperbuat dari bahan yang kukuh dilengkapi dengan sistem kunci yang berkualiti.
  • Pasangkan pagar besi berkunci pada tingkap rumah anda.
  • Simpan tangga dan alat-alat di tempat yang selamat supaya penceroboh tidak menggunakan ia untuk memasuki rumah anda.
  • Potong ranting-ranting pokok dan semak-samun sepanjang pagar rumah anda yang membolehkan penceroboh menyembunyikan diri di halaman rumah anda.
  • Pasang lampu yang mempunyai alat pengesan untuk mengawal halaman serta boleh mengesan penceroboh.

langkah berjaga-jaga

  • Kuncikan pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah anda walaupun untuk masa yang singkat.
  • Jangan sembunyikan kunci di bawah alas kaki, di dalam pasu bunga atau di atas kotak meter elektrik di luar rumah anda.
  • Jangan meninggalkan nota yang menyatakan ketiadaan anda di rumah.
  • Gantikan semua kunci apabila kunci rumah anda hilang atau dicuri.
  • Hentikan hantaran (contoh: surat khabar) apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.
  • Biarkan radio terpasang di waktu malam untuk mewujudkan suasana rumah yang berpenghuni.
  • Simpan wang tunai di bank dan barang kemas anda dalam peti simpanan keselamatan.
  • Minta tolong jiran sebelah rumah anda untuk tengokkan rumah anda sepanjang ketiadaan anda di rumah.

Kes Pecah Rumah Mahasiswa Malaysia Di Kaherah




shahrizanm.jpgKAHERAH, 30 April - Satu lagi kejadian kes pecah rumah dilaporkan apabila Asrama Rumah Johor Rab'ah dimasuki pencuri ketika mahasiswa keluar menunaikan solat Jumaat.

Menurut saksi, kecurian tersebut dilakukan oleh 2 orang arab warga tempatan yang mengambil kesempatan untuk masuk ke dalam asrama akibat pintu pagar yang tidak berkunci.

Mangsa yang tidak mahu namanya dikenali memberitahu pihak PMRAM bahawa ketika beliau pulang daripada menunaikan solat Jumaat, mahasiswi menjerit di tingkat atas asrama memberitahu terdapat pencuri yang sedang turun melalui tangga.

Beliau yang berselisih dengan 2 orang pencuri tersebut sempat menahan mereka daripada melarikan diri membawa sejumlah barang-barang berharga milik mahasiswa.

Tambah beliau, ketika bergaduh di tangga asrama, pencuri tersebut sempat lari meninggalkan 4 buah komputer riba yang cuba dicuri. Mangsa yang berada dalam keadaan panik terus memanggil rakannya yang lain untuk menangkap pencuri tersebut.

Salah seorang pencuri tersebut ditangkap ketika cuba melarikan diri meninggalkan rumah mangsa. Manakala seorang lagi pencuri sempat melarikan diri menaiki motosikal.

Kejadian tersebut dilaporkan kepada Presiden PMRAM Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime untuk tindakan selanjutnya. Mangsa serta beberapa orang AJKT BKMIJM diketuai oleh Presiden PMRAM membuat laporan polis di balai polis Qisim Awwal Madinah Nasr.

Menurut Presiden PMRAM, setelah diteliti, anggaran nilai barang yang hilang melebihi LE 10 000. Antaranya ialah 9 buah telefon bimbit, sejumlah wang LE 2270, 2 buah mp3, serta sebuah 'external hard disk' komputer.

Tambahnya lagi, ini merupakan kes kedua pecah rumah yang berlaku pada hari ini. Beliau menggesa kepada seluruh mahasiswa-mahasiswi agar peka dengan keselamatan dengan mengikut pekeliling keselamatan yang dikeluarkan oleh PMRAM.

Tegasnya lagi, kecuaian daripada mahasiswa-mahasiswi bakal mengundang bahaya terhadap jiwa dan harta. PMRAM begitu serius bagi menangani masalah keselamtan dan kebajikan dikalangan mahasiswa Malaysia di Mesir.

Cerita Mangsa Kes Pecah Rumah - Sham Hardy

Petikan dari Blog Sham Hardy'

Kebelakangan nih, aku dengar banyak kes pecah rumah sedang berlaku, ia semacam menjadi trend sejak akhir-akhir ini, kadang-kala kalau aku terbaca dalam Facebook status update atau tweets, ada saja antara mereka yang memberitahu rumah mereka baru lepas kena pecah rumah la, banyak barang hilang, dan antaranya adalah laptop, kamera, barangan kemas dan sebagainya.

Kenapa menjadi trend? Aku pun tak tahu macam-mana nak menjawab soalan tu sebernanya. Tapi yang aku tahu, langkah berhati-hati perlu dilakukan untuk menjaga barangan penting milik anda sekarang nih.
Aku pun tak terkecuali pernah menjadi kes pecah rumah ni, dari rumah sewa, hinggalah ke rumah mak ayah aku di Muar sana (lagi hebat yang rumah mak ayah aku lagi!). Cuma aku nak tinggalkan beberapa tips untuk semua orang yang membaca blogpost ini.

Kalau ko nak tau, barang seperti laptop dan kamera, aku jarang-jarang yang teramat sekali tinggalkan di rumah, sebab apa? Sebab barangan inilah yang menjadi antara senarai barangan yang paling hot pencuri nak ambik. Aku selalu bawak dua benda tu kesana sini, walaupun kadang-kadang aku dan wife aku cuma nak ke mana-mana pasaraya yang dekat membeli sedikit barang yang tak sampai beberapa jam sekalipun.

Ada yang berkata, aku ni tak reti penat ker? Usung sana sini bawak benda tu?
Habis nak buat macam-mana? Kalau ko nak tau, aku lagi sanggup kot berpenat bawak benda tuh yang aku sendiri tak pasti nak guna atau tidak, dari aku hilang kat rumah, rugi beribu ringgit, kumpul balik duit membeli benda yang sama, dan membazirkan bajet kewangan aku yang aku sepatutnya boleh belanjakan untuk ke benda lain. Aku sanggup! Sebab aku pernah hilang benda yang sama suatu ketika dahulu. Dan aku belajar dari kesilapan tersebut.

Jangan silap! Aku tak marahkan korang semua, tapi aku geram dengan golongan pencuri nih sebernanya. Betul-betul menyusahkan orang!

Satu lagi fakta mengenai diri aku kalau korang nak tau, aku sendiri tak percaya dengan keselamatan rumah aku sendiri, belilah Solex besar dan berbunyi macam-mana pun aku masih tak pasti dengan keselamatan rumah aku lagi, mereka pencuri ni handal, bijak, dah belajar cemana nak handle benda tuh semua, dan mahu tak mahu langkah yang paling terbaik adalah bawa barang yang anda rasa anda masih lagi mampu untuk bawa, ataupun pindah tinggal di kawasan yang mempunyai kawalan keselamatan yang betul-betul bagus!
Tak kisah la kalau guard dia terlalu ketat sangat ke kawalan nak masuk keluar tu semua, janji barangan anda dirumah selamat, dan anda pun boleh berasa lega dengan kediaman anda tinggal tersebut.

Tapi ingat! Langkah berhati-hati mesti selalu dilakukan, kerana malang tak berbau. Macam-macam boleh jadi.
Lagipun aku cuba fikir perkara yang positif, kalau aku bawa benda tu pun, aku boleh buang sedikit peluh aku juga, dan itu sangat bagus untuk kesihatan. Yeah! (kata-kata dari seorang yang amat jarang sekali melakukan senaman)

Akhir kata, beringatlah sebelum terkena. Kalau rasa tak mampu tuh nak bawak sana sini, bertawakallah pada Allah. Buat solat hajat, berdoa, elakkan perkara yang tak diingini dari berlaku. Kepada pihak polis, diharap anda dapat melakukan rondaan yang lebih banyak lagi, tangkap mereka-mereka yang tak guna tersebut. Dan kepada yang hidup berjiran, kenali jiran sebelah rumah anda, ada manfaatnya.

Sekian..

P/S: Baru mendengar cerita dari seorang rakan yang memberitahu bahawa rumah tunang kepada bekas rakan sekerja aku dahulu kena pecah rumah, dan 4 laptop hilang termasuklah barangan hantaran tunang beliau.

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kes Curi Kenderaan

Curi Kenderaan

Tempat di mana kecurian kerap berlaku
  • Tempat letak kereta awam
  • Kompleks membeli-belah
  • Di hadapan rumah, tepi jalan raya
  • Tempat letak kereta di hotel-hotel
Faktor berlaku kecurian
  • Tidak dikunci
  • Tiada kunci tambahan
  • Meletakkan di tempat yang terpencil atau gelap pada waktu malam
  • Meninggalkan barang berharga di motosikal
Bagaimana mencegah kecurian kereta
  • Pastikan kereta dipasang dengan alat penggera keselamatan yang baik
  • Memasang kunci tambahan untuk stering, gear, roda dan kelac. Pastikan juga kereta sentiasa dikunci
  • Sentiasa meletak kereta di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat yang terang berlampu
  • Pastikan anda berhati-hati supaya kunci kereta tidak ditiru semasa menghantar kenderaan anda untuk diservis
  • Jangan serahkan kunci kepada 'Jockey' kereta
  • Adalah lebih baik untuk menukar nombor pendaftaran di cermin kereta ('sandblasting')
  • Bersiap sedia dengan kunci kereta apabila menuju ke kereta.
  • Elakkan meletak kenderaan bersebelahan dengan kenderaan yang lebih besar seperti lori atau bas kerana ini memudahkan pencuri mencuri.(terlindung dari pandangan orang)
 Bagaimana mencegah kecurian motosikal
  • Letak motosikal ditempat yang dikhaskan.
  • Pastikan anda mengunci motosikal ketika meninggalkannya.
  • Letakkan di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat yang terang/berlampu.
  • Rantai dan kunci tambahan adalah penting untuk mengelakkan motosikal dari dicuri.
Pasangkan alat penggera kecurian motosikal dan ukirkan nombor pendaftaran motosikal pada bahagian-bahagian yang jelas dilihat.

Apa Itu Buli? Kalau Kena Buli Apa Nak Buat?

Buli
 

Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan  atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Siapakah yang sering membuli dan dibuli ?

Pembuli

  • Terdiri daripada pelajar menengah atas iaitu tingkatan empat, lima dan enam.
  • Bertubuh besar, tegap dan tinggi.
  • Melibatkan sekumpulan pelajar dan biasanya usia mereka adalah sebaya.
  • Membuli satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan di sekolah.
  • Kejayaan membuli pelajar junior untuk menunjukkan mereka kuat, berkuasa dan tidak mudah digertak.

Dibuli
 

Pelajar-pelajar yang sering menjadi mangsa ialah pelajar menengah rendah iaitu tingkatan satu, dua  dan tiga serta pelajar sekolah rendah. Kenapa mereka sering membuli
  • Faktor rakan sebaya mempunyai pengaruh paling kuat untuk mengubah tingkah laku pelajar.
  • Individu yang membuli ini mungkin ingin memperlihatkan rasa tidak puas hati mereka.
  • Mereka pernah menjadi mangsa buli.
  • Individu yang gagal mengendalikan emosi dengan baik. Golongan ini biasanya terdapat pada kanak-kanak hyperaktif atau cergas yang melampau yang sering bersikap tidak pernah mengambil peduli perasaan orang lain.
  • Mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran, nakal, dan mempunyai masalah displin.
  • Akibat masalah keluarga.
  • Sekadar mahu seronok.
  • Mereka bosan dengan sekolah dan membuli pelajar lain merupakan salah satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan.
  • Iri hati pada mangsa atas sebab disayangi guru atau cemerlang dalam pelajaran.
  •  
Jenis-jenis Buli
  • Buli fizikal
    • Melibatkan pukul-memukul, memeras ugut, menampar, menendang, menarik rambut, menolak, mencubit, atau sepak terajang hingga menyebabkan kecederaan.
    • Paling ganas boleh menyebabkan kematian
  • Buli mental
    • Lebih kepada ejek-mengejek. Misalnya, jika nama pelajar atau nama bapa pelajar agak luar biasa, maka itu akan dijadikan bahan ejekan pelajar senior yang membuli.
    • Sungguhpun, kes buli jenis ini kurang mendapat perhatian media massa, ia sebenarnya serius berlaku di sekolah
    •  
Apa yang patut dilakukan sekiranya dibuli
  • Pihak sekolah perlulah mendapatkan maklumat tentang kes buli yang sering berlaku di sekolah masing-masing, sama ada dalam bentuk psikologi atau fizikal. Ini boleh dilakukan dengan meminta para pelajar mengisi borang soal selidik berkaitan dengan buli.
  • Pihak sekolah perlu mempunyai peraturan yang jelas berkaitan dengan buli. Ini bukan sahaja dilakukan dengan menampal poster antibuli di sekolah, tetapi juga mengedarkan risalah antibuli kepada setiap pelajar untuk dibaca bersama dengan ibu bapa.
  • Tindakan displin, merotan, dan buang sekolah adalah hukuman sewajarnya kepada pembuli.
  • Perlu wujudkan satu jawatankuasa penyelaras antibuli peringkat sekolah. Antara ahli yang terlibat terdiri daripada pengetua sekolah, guru kaunseling, guru displin, wakil ibu bapa dan wakil pelajar. Mereka berperanan mengurus program antibuli dan menilai keberkesanannya.
  • Perbincangan tentang buli hendaklah dimasukkan dalam agenda mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIGB) sekolah.
  • Selain itu guru-guru juga hendaklah membincangkan tentang isu buli dari semasa ke semasa.

Apa Yang Anda Tahu Tentang Gangsterism dan Langkah Pencegahannya

Gangsterism di Sekolah

Faktor Pelajar Terjerumus
  • Pengaruh kawan atau rakan yang terlibat dalam kumpulan jahat di sekolah atau di luar sekolah.
  • Remaja atau pelajar yang kurang keyakinan pada diri sendiri ("low self-esteem").
  • Direkrut secara paksa oleh ahli-ahli kongsi gelap.
Mereka yang kurang mendapat perhatian atau kawalan ahli-ahli keluarga.


Langkah Pencegahan
  • Semua pihak memainkan peranan penting untuk membasmi kegiatan "gangsterism" di sekolah:pelajar, ibubapa, pihak sekolah, polis dan semua ahli masyarakat.
  • Orang ramai bekerjasama dengan memberi maklumat tentang penglibatan pelajar dalam kegiatan yang tidak sihat.
  • Ibu bapa atau penjaga hendaklah memberitahu pihak sekolah atau polis sekiranya mengesyaki ahli keluarga terlibat dalam "gangsterism" di sekolah.
  • Menggalakkan mangsa-mangsa tampil ke hadapan membuat pengaduan kepada pihak sekolah seterusnya kepada polis.
  • Ibu bapa atau penjaga hendaklah memberi sokongan ke atas setiap tindakan pihak sekolah atau polis dalam menangani kegiatan "gangsterism" yang melibatkan ahli keluarga mereka.
  • Pelajar jangan bergaul dengan bukan pelajar yang karektornya diketahui bersifat penjenayah atau mencurigakan.
Pelajar hendaklah mengisi masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat seperti bersukan, aktiviti kemasyarakatan dan lain-lain.

Jangan Jadi Mangsa Rogol. Baca Maklumat Penting Ini!

Rogol

Sejak kebelakangan ini, jenayah rogol kerap berlaku, melibatkan mangsa pada peringkat umur yang masih terlalu muda untuk mengenal erti hidup. Jenayah ini bertambah ngeri apabila mangsa dibunuh selepas dirogol. Bagi yang masih hidup, mangsa akan membayangkan kehidupan masa depan yang gelap, dipenuhi kekeliruan emosi, fobia dan syak wasangka.

 Bagi menghindari rogol, sedikit tips pencegahan digariskan agar kaum wanita boleh berwaspada sentiasa:-


Bagaimana boleh berlaku?

  • Perogol biasanya menyerang mangsa yang berseorangan di tempat sunyi
  • Menerima pelawaan perogol untuk bersiar-siar, bermalam di hotel atau rumah dan sebagainya.
  • Makanan atau minuman yang mengkhayalkan atau tidak sedarkan diri.
  • Mempercayai bomoh yang berjanji menyembuhkan penyakit dengan hubungan seks. 
  •  
Bagaimana mengelakkannya?
  • Pastikan tiada orang lain di dalam kereta ketika anda hendak memandu sendirian.
  • Sentiasa berwaspada ketika menuju ke kereta di lapangan letak kereta yang terbuka.
  • Ketika hendak menggunakan pengangkutan awam, pastikan ada penumpang wanita lain bersama.
  • Berwaspada apabila melihat orang yang mencurigakan di sekitar kawasan kemudahan awam (tandas, stesen bas dan sebagainya).
  • Pastikan anda berteman ketika memasuki lif di tempat-tempat yang sunyi dan terpencil. 
  •  
Apakah langkah-langkah pencegahan dari menjadi mangsa rogol?
  • Sentiasa gunakan jalan yang dilalui oleh orang ramai, jangan mengikut jalan yang dekat tetapi gelap dan sunyi.
  • Cuba berada di tempat yang sibuk dengan orang ramai.
  • Berpakaian dengan sempurna kerana pakaian yang menjolok mata atau memberahikan menarik perhatian perogol.
  • Jangan mudah terpengaruh untuk bersiar-siar, makan/minum, menonton wayang atau menghadiri majlis sosial dengan orang yang tidak dikenali/baru dikenali.
  • Jangan layan teguran atau pelawaan untuk minum air semasa berada di dalam bas, teksi atau keretapi
  • Elakkan balik rumah larut malam dan berseorangan.
  • Jika ketinggalan bas, teksi atau keretapi, jangan tumpang kenderaan lain atau tidur di perhentian bas.
  • Biasakan diri bersiar-siar atau berjoging dalam kumpulan.
  • Ibu bapa atau penjaga janganlah menyuruh anak-anak perempuan pergi ke kedai untuk membeli barang berseorangan.
  • Jerit minta tolong jika anda diganggu oleh lelaki yang tidak dikenali.
  • Gunakan kekerasan seperti meronta, mencakar dengan kuku atau menggigit badan perogol untuk melepaskan diri.
  • Lapor kepada polis dengan segera apabila anda diganggu. 

Jika Berlaku Ancaman

  • Undang-undang membenarkan hak mempertahankan diri daripada dirogol dengan menggunakan kekerasan ke atas penyerang (perogol) sehingga boleh menyebabkan luka parah atau kematian ke atasnya.
  • Bertenang dan jangan kelam kabut jika diugut atau diserang.
  • Tidak lakukan sebarang tindakan yang terburu-buru.
  • Sekiranya anda membuat keputusan untuk melawan, pastikan anda benar-benar menguasai keadaan.  Anda boleh gunakan tangan dan kaki atau sebarang benda yang ada pada anda seperti beg tangan, payung, kunci dan sebagainya untuk melawan.
  • Camkan muka dan tanda-tanda yang ada pada penjenayah itu serta pakaiannya dan juga nombor kenderaan yang digunakan.
  • Untuk membantu penyiasatan polis, anda dinasihatkan supaya tidak membasuh badan dan pakaian yang dipakai sewaktu kejadian sebelum membuat laporan polis.

Maklumat dan Panduan Berguna Jenayah Ragut dan Seluk Saku

Info Penting Tentang Ragut dan Seluk Saku
 
Tempat di mana sering  berlaku 
Kejadian kerap berlaku di tepi jalan dan di lorong sunyi. Biasanya peragut berjalan kaki dan bermotosikal. Penyeluk saku sering bertindak di tempat yang sibuk.
 
Bagaimana boleh berlaku
  • Menyimpan wang atau dompet di saku yang terbuka.
  • Memakai barang kemas dengan ketara dan mendedahkan untuk tontonan.
  • Berebut-rebut menaiki kenderaan awam atau berada di tempat sesak.
  • Membawa beg tangan dengan cara yang mudah diragut.
  • Meletakkan beg tangan di tempat duduk semasa memandu kereta (passenger seat)
  • Sibuk menjawab panggilan telefon /sms sehingga lupa keadaan sekitar.
 
 Cara Pencegahan Kes Ragut
  1. Bawa wang sekadar mencukupi untuk membeli-belah. Simpan wang dengan baik bagi mengelakkan penyeluk saku mengintai peluang.
  2. Bagi wanita, beg tangan seelok-eloknya dibimbit untuk mengelakkan diragut oleh peragut bermotosikal.
  3. Bagi lelaki, dompet elok disimpan di dalam kocek berbutang.
  4. Jangan biarkan beg tangan diletak ditempat yang mudah dicapai oleh orang lain ketika membeli-belah atau ketika memandu (Passenger Seat).
  5. Pastikan anda mengepit/membimbit tas tangan dengan kemas ketika berjalan di tempat yang sibuk/sesak.
  6. Jangan memakai barang kemas yang terlalu banyak ketika berada di tampat awam.
  7. Elakkan dari berjalan di tempat yang sibuk dan berebut-rebut.
  8. Jangan mudah lalai oleh kekecohan yang dilakukan oleh orang yang tidak kenali dan tawaran untuk menolong membersihkan baju anda.
  9. Elakkan daripada tertidur semasa menaiki kenderaan awam atau meninggalkan barang kepunyaan anda tanpa dijaga.
  10. Jangan tertipu oleh orang yang tidak dikenali dan cuba berbuat baik dengan anda tanpa sebarang sebab umpamanya bertanyakan alamat, nama orang dan sebagainya.

Penting! Panduan Elak Kena Rogol dan Panduan Bagi Mangsa Rogol

Cara Mengelakkan Berlakunya Jenayah Rogol dan Panduan Bagi Mangsa Rogol

Jenayah rogol juga boleh dicegah sekiranya wanita mengambil berapa langkah-langkah tertentu untuk menjaga keselamatan diri masing-masing. Undang-undang membenarkan hak mempertahankan diri daripada sebarang pencabulan (rogol) dengan menggunakan kekerasan ke atas penyerang (perogol) sehingga boleh menyebabkan luka parah atau kematian ke atasnya.

* Mangsa diserang di tempat sunyi dan berseorangan
* Memujuk pujuk rayu untuk berhibur dan bermalam di hotel atau ke rumahnya
* Menggunakan dadah, minuman keras atau pil khayal sehingga mangsa khayal/tidak 

   sedarkan diri untuk memudahkan dirogol
* Mangsa dirogol semasa melakukan rompakan
* Mangsa dirogol semasa bersendirian di rumah
* Mangsa sendiri bersetuju bersetubuh tetapi membuat laporan atas sebab-sebab tertentu
* Mangsa dirogol dengan tipudaya bomoh
* Mangsa bersetuju mengadakan persetubuhan tetapi dibawah usia 14 tahun.


* Jika memandu sendirian - sentiasa melihat bahagian dalam kereta anda sebelum memasuki kereta. Pasang penghalang buka kunci kereta di pintu dan di tempat yang memudahkan kereta dibuka tanpa kunci. Selain ia mengelakkan kecurian ia membantu daripada orang berniat jahat
bersembunyi.

* Kunci segera pintu kereta sebelum membuka kunci keselamatan atau menghidupkan enjin kereta. Ini untuk memastikan anda tidak diserang sewaktu leka menghidupkan enjin kereta.

* Pastikan pintu kereta sentiasa dikunci sewaktu memandu kereta, ini untuk mengelakkan serangan sewaktu berhenti seperti di lampu isyarat atau di simpang jalan.

* Hendaklah lebih berhati-hati apabila berjalan menuju ke arah kereta anda di tempat letak kereta. Pastikan kereta diletakkan di tempat yang terang, dekat dengan pintu yang menjadi laluan dan dikawal oleh pengawal keselamatan dan kamera keselamatan.

* Apabila menggunakan pengangkutan awam, pastikan yang penumpang wanita lain ada bersama anda. Catatkan nombor kenderaan awam yang dinaiki terutama teksi atau sms maklumat tersebut kepada kenalan terdekat. Pastikan anda sekurangnya mengenali jalan yang digunakan untuk ke tempat yang dituju. Ini membolehkan anda mensyaki sesuatu yang tidak diingini lebih awal dan mengambil tindakan.

* Telepon atau SMS sesiapa semasa dalam perjalanan setiap 15 minit atau jangka masa yang sesuai atau sekurangnya memastikan telepon bimbit sentiasa dihidupkan. Ia akan memudahkan usaha mencari anda jika sesuatu berlaku kerana setiap panggilan, sms dan pancaran telepon
bimbit anda, ada catatan di pusat utama telepon bimbit.

* Jika anda melihat seseorang disyaki berlegar-legar di sekitar kawasan kemudahan awam, elakkan daripada memasuki kawasan itu. Sekiranya anda diekori lari ke tempat orang ramai sambil membuat panggilan telepon bimbit.

* Elakkan diri daripada memasuki lif di tempat-tempat terpencil dan sunyi bersama seseorang yang tidak dikenali atau yang dicurigai.

* Dapatkan kerjasama persatuan penduduk dan anda sendiri untuk meminta pihak pengurusan bangunan untuk memasang CCTV didalam lif dan tepat-tempat yang tersembunyi.

* Elakkan dari melalui jalan-jalan di bahagian belakang atau pun kawasan-kawasan yang terpencil atau sunyi. Jika keadaan perlu, pastikan anda memakai kasut yang sesuai mudah untuk anda melarikan diri.

* Semasa di rumah, jangan membuka pintu kepada orang yang tidak dikenali, pastikan pengenalan diri tetamu terlebih dahulu. Sentiasa bercakap dipisahkan diatara pintu pagar atau gril berkunci. Hubungi orang terdekat untuk kepastian dan memberi maklumat. Jangan sesekali
membuka pintu kepada sesiapa pun.

* Jika mereka mengaku sebagai pihak berkuasa, minta mereka tunjukkan kad kuasa, dapat nombor hubungan pejabat mereka untuk membuat pengenalan. Jangan berikan kebenaran untuk masuk jika anda seorang diri. Jika masih lagi meragukan dan mereka berkeras untuk
masuk, minta mereka tunggu sementara anda dapatkan orang lain untuk datang. Jika benar mereka pihak berkuasa, mereka akan menunggu, sementara anda telepon dan mendapatkan orang lain supaya datang untuk ke rumah untuk menemankan anda.

* Sila dapatkan pegawai wanita dan anda perlu tegas tentang perlunya ada pegawai wanita turut serta untuk masuk ke rumah. Sekali lagi minta mereka nombor hubungan pejabat dan anda telepon sendiri untuk memastikan kebenarannya. Jika tiada pihak polis mengiringi mereka, sila tanya kenapa dan jika perlu anda berhubung dengan balai polis terdekat untuk mendapatkan maklumat. Adalah penting untuk mendapatkan dan menyimpan nombor balai polis terdekat.

* Pastikan rumah dimangga kunci sentiasa walau pun anda mungkin ingin keluar sekejap. Jangan lalai. Pastikan juga anda tahu di mana kunci berada tetapi pastikan ia di tempat yang tidak mudah dicapai dari luar. Periksa rumah untuk sebarang ruang yang boleh dipanjat masuk. Buat sesuatu untuk menguatkan kawasan yang lemah.

* Pasangkan rantai atau kunci buka untuk pandang luar bukan setakat di pintu utama malah di semua bilik. Jika pintu dibuka, rantai tersebut mampu menahan pintu daripada dibuka.

* Jangan terima pelawaan untuk menaiki kereta daripada orang-orang yang tidak dikenali atau baru dikenali. Orang-orang yang kenali juga perlu dikenal pasti dan diketahui oleh keluarga atau teman-teman rapat anda. Beritahu mereka melalui sms atau telepon bimbit tentang nombor kenderaan, warna dan jenis kereta.

* Nasihatkan anak-anak anda supaya jangan menerima pelawaan untuk menaiki kenderaan, hadiah atau makanan daripada orang yang tidak dikenali ketika berada di luar rumah.

* Tidak digalakkan meninggalkan anak gadis bersendirian dengan sebarang lelaki di rumah.

* Lengkapkan diri anda dengan alatan pencegahan seperti siren yang kuat dan penyembur berlada (pepper spray). Hati-hati dengan penyembur berlada, ia turut boleh menjejaskan mata dan hidung anda. Lakukan semburan dengan mepastikan ia ditujukan dengan betul dan anda segera larikan diri.

* Telepon bimbit kini adalah kemudahan yang perlu. Ia boleh membantu anda dalam mendapatkan bantuan atau usaha menjejak anda. Ia tidak perlu mahal asalkan ia boleh membuat panggilan dan SMS.

* Pelbagai alatan dalam beg tangan boleh digunakan sebagai alat pertahanan diri. Sebagai contoh, pen, pensil maskara, hujung sikat atau berus, kunci yang hujungnya didepan apabila diletak antara jari. Spray minyak wangi atau rambut turut mampu menjadi senjata terutama
apabila ia disembur pada mata. Gunakan alat berkenaan semasa anda diserang dan yg paling penting jangan merasa tertekan dan takut.

* Alat berkenaan hendaklah ditujukan pada tempat yg boleh mencederakan penyerang iaitu mata, kerongkong (dileher), perut, lubang telinga, dibawah dagu, sebelah atas bahu, lengan tangan, dada (bahagian puting), tepi pinggang, peha, alat kelamin, belakang leher dan lubang hidung. Ingat ya tujuan serangan adalah untuk melemahkan penyerang agar anda boleh larikan diri.

* Belajar seni mempertahankan diri yang mudah. Belajar bagaimana bertahan dan menyerang tempat yang lemah. Ada bengkel sehari yang boleh diikuti.

* Jika anda keluar makan dengan orang yang baru dikenali, tahu apa yang anda minum dan siapa yang menghidangnya. Jika boleh ajak sesiapa menemankan anda. Pastikan anda pulang awal dan anda dijemput untuk pulang.

* Jangan benarkan gambar-gambar anda diambil terutama oleh orang yang baru anda dikenali. Hati-hati jika anda melakukan hubungan intim yang tanpa pakaian, dengan wujudnya telepon bimbit yang boleh merakamkan gambar dan video, apa yang dirakam dengan mudah boleh
disebarkan di Internet. Ia boleh menjadi bahan ugutan untuk pelbagai perkara yang anda tidak ingini. Hati-hatilah. Hubungan seks adalah satu perkara peribadi sila pastikan ia tidak dirakamkan.

 
* Jangan mandi dan basuh diri anda. Pelbagai tinggalan boleh membawa kepada penjenayah dan menjadi bukti dakwaan di mahkamah.

* Segera dapatkan bantuan daripada keluarga dan juga pusat perlindungan wanita. Anda perlukan nasihat kaunseling daripada pakar dan panduan menghadapi tekanan hari mendatang.

* Segera ke balai polis membuat pengaduan.

* Jangan basuh pakaian yang anda gunakan semasa kejadian.

* Jangan ganggu kawasan persekitaran kejadian jenayah. Biarkan dalam keadaan sebagaimana ia berlaku. Ini akan membantu polis dalam siasatan forensik.

* Beri maklumat lengkap tentang kejadian dan bentuk rupa perogol. Walaupun ia merupakan satu tekanan namun ia adalah yang terbaik untuk memastikan penjenayah ditangkap dan setiap maklumat terperinci akan membantu siasatan polis. Sila dapatkan polis wanita untuk mengambil maklumat anda.

Pastikan tiada kelemahan pada pihak anda yang membolehkan penyerang mengambil kesempatan. Biarlah dikatakan kolot dengan memberitahu keluarga atau membawa keluarga anda untuk keluar “dating”. Ia lebih selamat.

Fakta yang paling penting dipetik (IKIM) , banyak jenayah rogol yang dilakukan oleh orang yang dikenali (Acquaintance rape/date rape), seperti namanya, merujuk kepada kes di mana mangsa mengenali perogolnya, baik untuk satu jangkamasa yang lama, mahupun untuk masa beberapa jam sebelum kejadian tersebut.

Cara Nak Kenal Polis Sebenar atau Polis Palsu

Cara Mengenali Orang Yang Menyamar Menjadi Anggota Polis
Saya akan memberitahu cara untuk mengenali orang yang menyamar sebagai polis ini. Cara yang paling mudah ialah apabila didekati oleh orang yang mengaku polis is by asking their authority card (kad kuasa).
 
Bagi anggota pangkat rendah (APR), warna kad kuasa polis ialah KUNING.

Bagi Sukarelawan Polis, warna kad kuasa polis ialah PUTIH.

Pangkat-pangkat APR bermula daripada paling rendah ialah konstabel. Pangkat-pangkat APR: KONSTABEL, LANS KOPERAL, KOPERAL, SARJAN, SARJAN MEJAR, SUB-INSPEKTOR.

Dalam kad kuasa polis itu kita boleh lihat Nombor (contohnya RF12345 @ SP12345), Pangkat (contohnya Lans Koperal)& Nama. Di belakang kad tertulis POLIS 2B-FORM A, Pegawai Yang Mengesahkan & cop PDRM. Ambil perhatian.

Bagi kad kuasa pegawai kanan polis, warnanya ialah BIRU. Semua kandungannya adalah lebih kurang sama. Bagi pegawai kanan polis (PK), warna kad kuasa ialah biru. Pangkat-pangkat pegawai kanan polis bermula daripada Inspektor.

Susunan pangkat pegawai kanan
polis bermula daripada INSPEKTOR, CIF INSPEKTOR,
ASSISTANT SUPERINTENDENT (ASP), DEPUTY SUPERINTENDENT
(DSP) SUPERINTENDENT, ASSISTANT COMMISIONER (ACP),
SENIOR ASSISTANT COMMISIONER (SAC), DEPUTY COMMISIONER
(DC), COMMISIONER (CP), DEPUTY-INSPECTOR GENERAL
(DIG), INSPECTOR-GENERAL (IG - KETUA POLIS NEGARA).


Apabila ada orang mengaku polis, tanya kad kuasa mereka. Tiada kad kuasa samalah seperti tiada kad pengenalan apabila diminta. Jika dapati wujud orang seperti ini, hubungi balai berdekatan. Sila simpan no telefon balai di mana anda tinggal. Ini sangat penting. Kita tidak tahu apa akan terjadi kepada kita. Pendatang asing sering tertipu dengan orang awam yang mengaku polis.

Jika anda dapati ada anggota polis memakai uniform yang memeras wang daripada anda, sila catat nombor angka yang tertera pada sebelah kanan uniform mereka & buat laporan polis secepat mungkin.

Panduan dan Tips Penting Untuk Elak Berlakunya Jenayah

 Maklumat dan Tips Ringkas dan Padat Berkaitan Jenayah

1. Jangan melawan atau jadi hero!
Jika berlaku atau anda berdepan dengan kejadian jenayah, lebih-lebih lagi anda menjadi mangsa, dinasihatkan supaya anda tidak melawan atau menjadi hero dalam situasi tersebut.(melainkan yakin dan berkemampuan untuk melawan).

Bagi kes samun atau rompakan, serahkan sahaja apa yang dipinta oleh penjenayah, kerana nyawa lebih penting daripada segalanya. Selepas kejadian, barulah anda membuat laporan polis dengan segera. (Camkan wajah, warna pakaian, plat kenderaan atau apa sahaja yang boleh membantu pihak polis)

2. Penyamaran sebagai polis
Berlaku kejadian, pihak tidak bertanggungjawab atau individu tertentu menyamar sebagai polis dan menahan mangsa untuk tujuan jenayah. Anda mungkin terpedaya untuk membezakannya.

Jika seseorang yang berpakaian preman (biasa, tanpa uniform) menahan anda dan memperkenalkan diri sebagai polis, minta individu tersebut menunjukkan kad kuasa mereka.

Bagi Pegawai Polis, kad kuasa mereka berwarna biru seperti menyerupai Mykad manakala polis berpangkat biasa kad kuasa mereka berwarna kuning (kad yang laminate). Dari segi prosidur, anda hanya boleh melihat kad mereka dan tidak sama sekali boleh memegang kad mereka.

3. Lap top (Komputer Riba) dan handpohone dalam kenderaan
Jangan sekali-kali meninggalkan barangan berkenaan di dalam kenderaan anda hatta di dalam but kereta ataupun di tempat yang tersorok. Penjenayah kini menggunakan peralatan canggih seumpama 'detector' atau alat pengesan yang boleh mengesan barangan terbabit ada di dalam kereta anda ataupun sebaliknya. Modus operandi (MO) mereka lazimnya berada di sekitar kawasan tempat letak kereta.

4. Mengeluarkan wang di bank
Dinasihatkan supaya semua pihak yang ingin mengeluarkan wang di bank terutama dengan jumlah yang banyak membawa teman atau ahli keluarga bersama untuk keselamatan. Taktik penjenayah kini ialah berada di sekitar dalam atau kawasan bank dan mengecam kereta yang dipandu oleh mangsa.

Setelah itu, penjenayah tersebut akan ke kereta mangsa sewaktu mangsa berada di dalam bank. Penjenayah akan berlakon seolah-olah sedang memeriksa tayar kereta anda dan menekannya dengan kaki mereka. Sebenarnya pada kasut mereka sudah ada paku yang dipasang dan tujuannya adalah untuk memancitkan tayar tersebut.

Apabila mangsa memandu kereta, sudah pasti di pertengahan jalan, tayar akan mengalami kebocoran ataupun pancit dan penjenayah yang sedari awal mengekori mangsa akan memberhentikan kenderaan seterusnya menyamun anda. Ada kes yang mereka sanggup memecahkan cermin kerta sewaktu mangsa masih berada di dalam kereta!

5. Jogging di Taman Tasik
Lazimnya sebelum jogging, anda akan meletakkan atau menanggalkan semua barangan berharga seperti handphone, dompet, cincin atau jam dan meninggalkannya di dalam kenderaan terutamanya yang menyimpan di dalam kotak belakang motosikal. Awas, sudah ada kumpulan atau penjenayah yang memerhati dan aktif di kawasn tempat jogging. Oleh itu tinggalkan barangan tersebut di rumah sahaja atau bawa bersama-sama dengan beg kecil (porsh bag).

6. Penempatan atau kawasan perumahan ada kumpulan orang bujang
Jika terdapat kumpulan orang bujang di kawasan perumahan anda terutama yang dicurigai sila maklumkan kepada balai polis yang berdekatan dengan memberi alamat lengkap mereka. Usah bimbang, maklumat dan kerjasama anda dalam hal ini akan dirahsiakan.

Polis akan memantau rumah bujang tersebut dan jika perlu akan meminta kerjasama kumpulan bujang tersebut kad pengenalan dan maklumat diri untuk direkodkan dan sebagai data simpanan pihak polis.

Polis sedang mengesan, kumpulan bujang yang tertentu yang aktif melakukan jenayah dan operasi mereka ialah menyewa di kawasan rumah anda selama satu atau dua bulan kemudian berpindah ke tempat lain untuk meneruskan operasi mereka.

7. Pencegahan maksiat
Sekadar makluman, pencegahan maksiat di kawasan anda bukan terletak di bidang kuasa polis tetapi di dalam pengutakuasaan jabatan agama Islam di negeri masing-masing. Hubungi Jawi atau penguatkuasa kawasan masing-masing jika berlaku maksiat di kawasan anda. Pihak penguatkuasa agama akan meminta kerjasama polis dalam hal ini.

8. Tangkapan Awam
Orang awam boleh membuat tangkapan jika berlaku kejadian jenayah di kawasan anda dan di nasihatkan supaya tangkapan dibuat secara berkumpulan dan tidak boleh melampaui batas seperti mencederakan atau menyebabkan kematian penjenayah. Selepas tangkapan hubungi balai polis berdekatan atau talian hotline.

9. Wanita dan beg tangan
Wanita dinasihatkan untuk berjalan melawan arus jalan dan pastikan beg tangan anda berada di sebelah bahu dan bukannya di sebalah menghadap kawasan jalan raya. Bagi beg tangan yang panjang anda dinasihatkan untuk menyilangkannya.

10. Musim Perayaan
Sila maklumkan kepada pihak polis jika anda sedang bercuti khususnya sewaktu musi perayaan supaya polis dapat memberi rondaan dan tumpuan yang lebih di kawasan dan rumah anda.

11. Kesalahan memegang kad pengenalan diri
Sekadar info, adalah menjadi satu kesalahan jika anda memegang kad pengenalan diri orang lain hatta kad pengenalan isteri anda ataupun ahli keluaraga, jika ditahan polis anda boleh didakwa.

12. Piawaian polis tiba di tempat kejadian
Piawaian masa PDRM seluruh Malaysia ialah mereka akan memberi respon kepada aduan atau laporan anda (bagi kes jenayah berat seperti pergaduhan, pembunuhan, rompakan, rogol, samun, pecah rumah dsb) dengan tiba ke tempat kejadian dalam masa 15 minit. Bagi Polis Kuala Lumpur, masa tiba ke tempat kejadian ialah 12 minit. Jika melepasi waktu tersebut, anda di nasihatkan untuk menghubungi semula pihak polis untuk memaklumkan kelewatan.

Untuk maklumat lanjut atau melaporkan jenayah, sila hubungi balai polis berdekatan ataupun talian 999. (Pastikan nombor telefon balai polis berdekatan ataupun nombor telefon hotline disimpan dalam telefon bimbit anda)

Selain dari nombor telefon kecemasan 999, PDRM juga boleh dihubungi melalui nombor telefon 03 - 2262 7555 atau 03 - 2262 6555. Kedua nombor ini adalah untuk kecemasan dan terletak di pejabat Bukit Aman.

Nombor ini selain khusus untuk bantuan kecemasan Polis, ianya juga akan dapat mengerahkan Balai Polis berdekatan untuk bertindak dengan lebih cepat. Talian ini boleh dihubungi dari seluruh Malaysia.

Pengertian Jenayah

Pengertian Jinayat @ Jenayah
 

Jinayah menurut fuqaha' ialah perbuatan atau perilaku yang jahat yang dilakukan oleh seseorang untuk mencerobohi atau mencabul kehormatan jiwa atau tubuh badan seseorang yang lain dengan sengaja.
 

Penta`rifan tersebut adalah khusus pada kesalahan-kesalahan bersabit dengan perlakuan seseorang membunuh atau menghilangkan anggota tubuh badan seseorang yang lain atau mencederakan atau melukakannya yang wajib di kenakan hukuman qisas atau diyat.
 

Kesalahan-kesalahan yang melibatkan harta benda, akal fikiran dan sebagainya adalah termasuk dalam jinayah yang umum yang tertakluk di bawahnya semua kesalahan yang wajib dikenakan hukuman hudud, qisas, diyat atau ta`zir. 


Faedah dan manafaat daripada Pengajaran Jinayat :-

    1) Menjaga keselamatan nyawa daripada berlaku berbunuhan sesama sendiri dan sebagainya

    2) Menjaga keamanan maruah di dalam masyarakat daripada segala fitrah tuduh-menuduh.

    3) Menjaga keamanan maruah di dalam harta benda dan nyawa daripada kecurian, ragut dan lain-lain.

    4) Berhubung dengan keamanan negara dan menyelenggarakan keselamatan diri.

    5) Perkara yang berhubung di antara orang-orang Islam dengan orang-orang kafir di dalam negara Islam  

        Pembunuhan

21 Tips Cegah Jenayah dari PDRM

Tips menghalang jenayah seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia .

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu

diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).
4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama…).

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba “on and off” kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka).

7.. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan  anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.

14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran2 anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box. Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).

17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni…). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulu masih mempunyai kunci pendua.

21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

Sumber: Bukit Aman PDRM

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More