Video

Thursday 11 August 2011

Berita Kes Pecah Rumah Di Nusajaya

KEJAYAAN POLIS MENYELESAIKAN KES PECAH RUMAH DI NUSAJAYA

 






Pada 23 Mei 2011 jam 3.45 petang, sepasukan anggota Cawangan Pencegahan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD ) Nusajaya telah menahan sebuah kereta Nissan Sentra dinaiki oleh ( 3 ) lelaki Cina di kawasan Bukit Indah. Pemeriksaan yang dibuat di dalam kereta tersebut, pihak polis telah menjumpai beberapa alat pemutar skru, spanar, gunting besi, grander dan set allenkey pelbagai saiz. Ketiga-tiga lelaki Cina berumur 33 hingga 40 tahun telah ditangkap kerana terlibat dalam kes-kes pecah rumah.

Ekoran dari tangkapan ini, pihak polis telah menangkap seorang perempuan Cina berumur 36 tahun di sebuah hotel di Johor Bahru jam lebih kurang 9.00 malam pada hari yang sama. Hasil pemeriksaan ke atas kereta Toyota Camry miliknya, pihak polis telah merampas beberapa buah komputer riba, jam tangan, kamera digital dan lain-lain barangan yang dipercayai telah dicuri.

Pihak polis telah menjalankan siasatan lanjut pada 28 Mei 2011 jam lebih kurang 1.30 pagi telah berjaya menangkap dua ( L ) Cina dan seorang ( P ) Cina berumur antara 28 hingga 38 tahun di Bandar Jaya Putra, Setia Indah. Pihak polis telah merampas pelbagai hasil pecah rumah antaranya LCD TV, beberapa buah komputer riba, CPU komputer, digital audio, set home theater, beberapa utas jam tangan, kamera, telefon bimbit dan kereta Toyota Caldina yang dilaporkan hilang bersabit Pelabuhan Klang Rpt: 1841/11.

Semakan rekod mendapati tiga saspek mempunyai kesalahan lampau iaitu Seksyen 457 Kanun Keseksaan ( wanted ) pada tahun 2009 di Kangkar Pulai Nusajaya, Seksyen Akta Dadah Berbahaya 1952 pada tahun 2008 di Johor Bahru Selatan, Seksyen 39A Akta Dadah Berbahaya ( wanted ) pada tahun 2007 di Bandar Hilir, Melaka dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya pada tahun 2007 di Bandar Hilir. Daripada ahli kumpulan ini telah ditangkap di bawah Sesyen 3 (1) Ordinan darurat pada 07 Jun 2011. Seorang saspek telah diserahkan untuk tindakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka manakala tiga orang dibebaskan. Dengan tumpasnya kumpulan ini, sebanyak 10 kes pecah rumah di kawasan bandaraya telah berjaya diselesaikan.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More