Video

Thursday, 11 August 2011

Cerita Mangsa Kes Pecah Rumah - Sham Hardy

Petikan dari Blog Sham Hardy'

Kebelakangan nih, aku dengar banyak kes pecah rumah sedang berlaku, ia semacam menjadi trend sejak akhir-akhir ini, kadang-kala kalau aku terbaca dalam Facebook status update atau tweets, ada saja antara mereka yang memberitahu rumah mereka baru lepas kena pecah rumah la, banyak barang hilang, dan antaranya adalah laptop, kamera, barangan kemas dan sebagainya.

Kenapa menjadi trend? Aku pun tak tahu macam-mana nak menjawab soalan tu sebernanya. Tapi yang aku tahu, langkah berhati-hati perlu dilakukan untuk menjaga barangan penting milik anda sekarang nih.
Aku pun tak terkecuali pernah menjadi kes pecah rumah ni, dari rumah sewa, hinggalah ke rumah mak ayah aku di Muar sana (lagi hebat yang rumah mak ayah aku lagi!). Cuma aku nak tinggalkan beberapa tips untuk semua orang yang membaca blogpost ini.

Kalau ko nak tau, barang seperti laptop dan kamera, aku jarang-jarang yang teramat sekali tinggalkan di rumah, sebab apa? Sebab barangan inilah yang menjadi antara senarai barangan yang paling hot pencuri nak ambik. Aku selalu bawak dua benda tu kesana sini, walaupun kadang-kadang aku dan wife aku cuma nak ke mana-mana pasaraya yang dekat membeli sedikit barang yang tak sampai beberapa jam sekalipun.

Ada yang berkata, aku ni tak reti penat ker? Usung sana sini bawak benda tu?
Habis nak buat macam-mana? Kalau ko nak tau, aku lagi sanggup kot berpenat bawak benda tuh yang aku sendiri tak pasti nak guna atau tidak, dari aku hilang kat rumah, rugi beribu ringgit, kumpul balik duit membeli benda yang sama, dan membazirkan bajet kewangan aku yang aku sepatutnya boleh belanjakan untuk ke benda lain. Aku sanggup! Sebab aku pernah hilang benda yang sama suatu ketika dahulu. Dan aku belajar dari kesilapan tersebut.

Jangan silap! Aku tak marahkan korang semua, tapi aku geram dengan golongan pencuri nih sebernanya. Betul-betul menyusahkan orang!

Satu lagi fakta mengenai diri aku kalau korang nak tau, aku sendiri tak percaya dengan keselamatan rumah aku sendiri, belilah Solex besar dan berbunyi macam-mana pun aku masih tak pasti dengan keselamatan rumah aku lagi, mereka pencuri ni handal, bijak, dah belajar cemana nak handle benda tuh semua, dan mahu tak mahu langkah yang paling terbaik adalah bawa barang yang anda rasa anda masih lagi mampu untuk bawa, ataupun pindah tinggal di kawasan yang mempunyai kawalan keselamatan yang betul-betul bagus!
Tak kisah la kalau guard dia terlalu ketat sangat ke kawalan nak masuk keluar tu semua, janji barangan anda dirumah selamat, dan anda pun boleh berasa lega dengan kediaman anda tinggal tersebut.

Tapi ingat! Langkah berhati-hati mesti selalu dilakukan, kerana malang tak berbau. Macam-macam boleh jadi.
Lagipun aku cuba fikir perkara yang positif, kalau aku bawa benda tu pun, aku boleh buang sedikit peluh aku juga, dan itu sangat bagus untuk kesihatan. Yeah! (kata-kata dari seorang yang amat jarang sekali melakukan senaman)

Akhir kata, beringatlah sebelum terkena. Kalau rasa tak mampu tuh nak bawak sana sini, bertawakallah pada Allah. Buat solat hajat, berdoa, elakkan perkara yang tak diingini dari berlaku. Kepada pihak polis, diharap anda dapat melakukan rondaan yang lebih banyak lagi, tangkap mereka-mereka yang tak guna tersebut. Dan kepada yang hidup berjiran, kenali jiran sebelah rumah anda, ada manfaatnya.

Sekian..

P/S: Baru mendengar cerita dari seorang rakan yang memberitahu bahawa rumah tunang kepada bekas rakan sekerja aku dahulu kena pecah rumah, dan 4 laptop hilang termasuklah barangan hantaran tunang beliau.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More