Video

Thursday, 11 August 2011

Penting! Panduan Elak Kena Rogol dan Panduan Bagi Mangsa Rogol

Cara Mengelakkan Berlakunya Jenayah Rogol dan Panduan Bagi Mangsa Rogol

Jenayah rogol juga boleh dicegah sekiranya wanita mengambil berapa langkah-langkah tertentu untuk menjaga keselamatan diri masing-masing. Undang-undang membenarkan hak mempertahankan diri daripada sebarang pencabulan (rogol) dengan menggunakan kekerasan ke atas penyerang (perogol) sehingga boleh menyebabkan luka parah atau kematian ke atasnya.

* Mangsa diserang di tempat sunyi dan berseorangan
* Memujuk pujuk rayu untuk berhibur dan bermalam di hotel atau ke rumahnya
* Menggunakan dadah, minuman keras atau pil khayal sehingga mangsa khayal/tidak 

   sedarkan diri untuk memudahkan dirogol
* Mangsa dirogol semasa melakukan rompakan
* Mangsa dirogol semasa bersendirian di rumah
* Mangsa sendiri bersetuju bersetubuh tetapi membuat laporan atas sebab-sebab tertentu
* Mangsa dirogol dengan tipudaya bomoh
* Mangsa bersetuju mengadakan persetubuhan tetapi dibawah usia 14 tahun.


* Jika memandu sendirian - sentiasa melihat bahagian dalam kereta anda sebelum memasuki kereta. Pasang penghalang buka kunci kereta di pintu dan di tempat yang memudahkan kereta dibuka tanpa kunci. Selain ia mengelakkan kecurian ia membantu daripada orang berniat jahat
bersembunyi.

* Kunci segera pintu kereta sebelum membuka kunci keselamatan atau menghidupkan enjin kereta. Ini untuk memastikan anda tidak diserang sewaktu leka menghidupkan enjin kereta.

* Pastikan pintu kereta sentiasa dikunci sewaktu memandu kereta, ini untuk mengelakkan serangan sewaktu berhenti seperti di lampu isyarat atau di simpang jalan.

* Hendaklah lebih berhati-hati apabila berjalan menuju ke arah kereta anda di tempat letak kereta. Pastikan kereta diletakkan di tempat yang terang, dekat dengan pintu yang menjadi laluan dan dikawal oleh pengawal keselamatan dan kamera keselamatan.

* Apabila menggunakan pengangkutan awam, pastikan yang penumpang wanita lain ada bersama anda. Catatkan nombor kenderaan awam yang dinaiki terutama teksi atau sms maklumat tersebut kepada kenalan terdekat. Pastikan anda sekurangnya mengenali jalan yang digunakan untuk ke tempat yang dituju. Ini membolehkan anda mensyaki sesuatu yang tidak diingini lebih awal dan mengambil tindakan.

* Telepon atau SMS sesiapa semasa dalam perjalanan setiap 15 minit atau jangka masa yang sesuai atau sekurangnya memastikan telepon bimbit sentiasa dihidupkan. Ia akan memudahkan usaha mencari anda jika sesuatu berlaku kerana setiap panggilan, sms dan pancaran telepon
bimbit anda, ada catatan di pusat utama telepon bimbit.

* Jika anda melihat seseorang disyaki berlegar-legar di sekitar kawasan kemudahan awam, elakkan daripada memasuki kawasan itu. Sekiranya anda diekori lari ke tempat orang ramai sambil membuat panggilan telepon bimbit.

* Elakkan diri daripada memasuki lif di tempat-tempat terpencil dan sunyi bersama seseorang yang tidak dikenali atau yang dicurigai.

* Dapatkan kerjasama persatuan penduduk dan anda sendiri untuk meminta pihak pengurusan bangunan untuk memasang CCTV didalam lif dan tepat-tempat yang tersembunyi.

* Elakkan dari melalui jalan-jalan di bahagian belakang atau pun kawasan-kawasan yang terpencil atau sunyi. Jika keadaan perlu, pastikan anda memakai kasut yang sesuai mudah untuk anda melarikan diri.

* Semasa di rumah, jangan membuka pintu kepada orang yang tidak dikenali, pastikan pengenalan diri tetamu terlebih dahulu. Sentiasa bercakap dipisahkan diatara pintu pagar atau gril berkunci. Hubungi orang terdekat untuk kepastian dan memberi maklumat. Jangan sesekali
membuka pintu kepada sesiapa pun.

* Jika mereka mengaku sebagai pihak berkuasa, minta mereka tunjukkan kad kuasa, dapat nombor hubungan pejabat mereka untuk membuat pengenalan. Jangan berikan kebenaran untuk masuk jika anda seorang diri. Jika masih lagi meragukan dan mereka berkeras untuk
masuk, minta mereka tunggu sementara anda dapatkan orang lain untuk datang. Jika benar mereka pihak berkuasa, mereka akan menunggu, sementara anda telepon dan mendapatkan orang lain supaya datang untuk ke rumah untuk menemankan anda.

* Sila dapatkan pegawai wanita dan anda perlu tegas tentang perlunya ada pegawai wanita turut serta untuk masuk ke rumah. Sekali lagi minta mereka nombor hubungan pejabat dan anda telepon sendiri untuk memastikan kebenarannya. Jika tiada pihak polis mengiringi mereka, sila tanya kenapa dan jika perlu anda berhubung dengan balai polis terdekat untuk mendapatkan maklumat. Adalah penting untuk mendapatkan dan menyimpan nombor balai polis terdekat.

* Pastikan rumah dimangga kunci sentiasa walau pun anda mungkin ingin keluar sekejap. Jangan lalai. Pastikan juga anda tahu di mana kunci berada tetapi pastikan ia di tempat yang tidak mudah dicapai dari luar. Periksa rumah untuk sebarang ruang yang boleh dipanjat masuk. Buat sesuatu untuk menguatkan kawasan yang lemah.

* Pasangkan rantai atau kunci buka untuk pandang luar bukan setakat di pintu utama malah di semua bilik. Jika pintu dibuka, rantai tersebut mampu menahan pintu daripada dibuka.

* Jangan terima pelawaan untuk menaiki kereta daripada orang-orang yang tidak dikenali atau baru dikenali. Orang-orang yang kenali juga perlu dikenal pasti dan diketahui oleh keluarga atau teman-teman rapat anda. Beritahu mereka melalui sms atau telepon bimbit tentang nombor kenderaan, warna dan jenis kereta.

* Nasihatkan anak-anak anda supaya jangan menerima pelawaan untuk menaiki kenderaan, hadiah atau makanan daripada orang yang tidak dikenali ketika berada di luar rumah.

* Tidak digalakkan meninggalkan anak gadis bersendirian dengan sebarang lelaki di rumah.

* Lengkapkan diri anda dengan alatan pencegahan seperti siren yang kuat dan penyembur berlada (pepper spray). Hati-hati dengan penyembur berlada, ia turut boleh menjejaskan mata dan hidung anda. Lakukan semburan dengan mepastikan ia ditujukan dengan betul dan anda segera larikan diri.

* Telepon bimbit kini adalah kemudahan yang perlu. Ia boleh membantu anda dalam mendapatkan bantuan atau usaha menjejak anda. Ia tidak perlu mahal asalkan ia boleh membuat panggilan dan SMS.

* Pelbagai alatan dalam beg tangan boleh digunakan sebagai alat pertahanan diri. Sebagai contoh, pen, pensil maskara, hujung sikat atau berus, kunci yang hujungnya didepan apabila diletak antara jari. Spray minyak wangi atau rambut turut mampu menjadi senjata terutama
apabila ia disembur pada mata. Gunakan alat berkenaan semasa anda diserang dan yg paling penting jangan merasa tertekan dan takut.

* Alat berkenaan hendaklah ditujukan pada tempat yg boleh mencederakan penyerang iaitu mata, kerongkong (dileher), perut, lubang telinga, dibawah dagu, sebelah atas bahu, lengan tangan, dada (bahagian puting), tepi pinggang, peha, alat kelamin, belakang leher dan lubang hidung. Ingat ya tujuan serangan adalah untuk melemahkan penyerang agar anda boleh larikan diri.

* Belajar seni mempertahankan diri yang mudah. Belajar bagaimana bertahan dan menyerang tempat yang lemah. Ada bengkel sehari yang boleh diikuti.

* Jika anda keluar makan dengan orang yang baru dikenali, tahu apa yang anda minum dan siapa yang menghidangnya. Jika boleh ajak sesiapa menemankan anda. Pastikan anda pulang awal dan anda dijemput untuk pulang.

* Jangan benarkan gambar-gambar anda diambil terutama oleh orang yang baru anda dikenali. Hati-hati jika anda melakukan hubungan intim yang tanpa pakaian, dengan wujudnya telepon bimbit yang boleh merakamkan gambar dan video, apa yang dirakam dengan mudah boleh
disebarkan di Internet. Ia boleh menjadi bahan ugutan untuk pelbagai perkara yang anda tidak ingini. Hati-hatilah. Hubungan seks adalah satu perkara peribadi sila pastikan ia tidak dirakamkan.

 
* Jangan mandi dan basuh diri anda. Pelbagai tinggalan boleh membawa kepada penjenayah dan menjadi bukti dakwaan di mahkamah.

* Segera dapatkan bantuan daripada keluarga dan juga pusat perlindungan wanita. Anda perlukan nasihat kaunseling daripada pakar dan panduan menghadapi tekanan hari mendatang.

* Segera ke balai polis membuat pengaduan.

* Jangan basuh pakaian yang anda gunakan semasa kejadian.

* Jangan ganggu kawasan persekitaran kejadian jenayah. Biarkan dalam keadaan sebagaimana ia berlaku. Ini akan membantu polis dalam siasatan forensik.

* Beri maklumat lengkap tentang kejadian dan bentuk rupa perogol. Walaupun ia merupakan satu tekanan namun ia adalah yang terbaik untuk memastikan penjenayah ditangkap dan setiap maklumat terperinci akan membantu siasatan polis. Sila dapatkan polis wanita untuk mengambil maklumat anda.

Pastikan tiada kelemahan pada pihak anda yang membolehkan penyerang mengambil kesempatan. Biarlah dikatakan kolot dengan memberitahu keluarga atau membawa keluarga anda untuk keluar “dating”. Ia lebih selamat.

Fakta yang paling penting dipetik (IKIM) , banyak jenayah rogol yang dilakukan oleh orang yang dikenali (Acquaintance rape/date rape), seperti namanya, merujuk kepada kes di mana mangsa mengenali perogolnya, baik untuk satu jangkamasa yang lama, mahupun untuk masa beberapa jam sebelum kejadian tersebut.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More