Video

Thursday 11 August 2011

Aksi Brutal Penjenayah Malaysia

Kejadian jenayah ragut, pukul, pecah rumah dan culik nampaknya tidak berkurangan walaupun pihak PDRM telah mula mengarahkan 6,000 anggota yang sebelum ini membuat kerja-kerja pentadbiran untuk turun membuat rondaan.

Penjenayah juga semakin berani dan ‘brutal’.  Seminggu yang lalu kita dikejutkan dengan kejadian di mana seorang warga Indonesia ditikam mati hanya kerana gagal mendapatkan wang RM10 sebagai upah menunjukkan arah di Stesen LRT Sultan Ismail berdekatan Wisma Sime Darby Kuala Lumpur.

Hari ini kita dikejutkan lagi dengan aksi ‘brutal‘ penjenayah yang sanggup mengejar dan memanjat pagar untuk meragut rantai emas dari seorang wanita dalam kawasan pagar rumah jiran wanita berkenaan.
Mana tak brtutal, dah la panjat pagar untuk meragut siap bawak parang lagi, mujur wanita berkenaan tak ditetak dan yang paling menakutan ialah jenayah ini dilakukan pada waktu siang hari.

Penjenayah brutal
Penjenayah brutal (sumber:nst.com.my)

Kalau kita imbas kembali berita jenayah pecah rumah, samun dan ragut sejak awal tahun ini kita akan dapati bahawa jenayah ini berlaku hampir setiap hari.  Penjenayah juga semakin brutal dan kita tidak nampak tanda-tanda yang jenayah ini akan berkurangan.

Nampaknya kita perlu sentiasa berwaspada dan mengambil inisiatif sendiri agar risiko ini dapat dielakkan atau setidak-tidaknya kebarangkaliannya untuk menimpa diri dan keluarga kita dapat diminimakan.
Kadang-kadang kecuaian kita (orang putih kata ‘take for granted’) atau ahli keluarga sendiri yang mengundang jenayah, contohnya tidak mengunci pintu rumah dan pintu pagar bila keluar rumah dengan alasan kita perlu keluar sebentar sahaja.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More