Video

Thursday, 11 August 2011

Sila Ambil Iktibar Terhadap Kes Kecurian Dan Pecah Rumah Ini!

Jenayah Pecah Rumah dan Kereta di Taman Pelangi Indah

Keluhan Si Ibu Yang Dalam Ketakutan.....
 
Salam kepada semua serta yang berkhidmat untuk rakyat.

Jenayah rompakan, kecurian, pecah rumah dan kereta yang di `park’ hadapan rumah sendiri memang bukan perkara asing. Pihak penduduk telah ikhtiar membuat precaution dengan memasang pagar tambahan, alarm dsbnya.

Kes  aduan ini adalah berkenaan  hutan belukar yang berhadapan dengan deretan rumah yang sekarang saya diami tidak kurang 50 ekar. Dulu sebelum kami membeli rumah Taman Perumahan ini, pihak pemaju menyatakan akan dibangunkan juga tetapi sudah hampir 10 tahun hanya hutan semakin menebal. Kawasan perumahan yang di maksudkan adalah di:-Taman Pelangi Indah, Ulu Tiram 81800 Johor.

Baru baru ini jenayah semakin menjadi. Perompak bersembunyi di dalam hutan menunggu mangsa. Bila berpeluang samada memecah masuk rumah atau kereta atau terus menyerang mangsa semasa penduduk dalam process untuk memasuki rumah atau keluar rumah. Selepas penduduk menjadi mangsa, ada mengambil keputusan berpindah ke kawasan lain. Itu yang bagi mereka yang  menyewa tapi apa pula nasib kami yang telah membeli rumah dan menetap disini? Rumah saya sendiri pernah juga di pecah masuk 2X sewaktu kami balik kampong walaupun pagar tajam dipasang tinggi dan ada alat penggera, lampu di pasang berlebihan. Semua ini kos yang lebih terpaksa saya tanggung walaupun sebagai ibu tunggal dan masih menanggung anak2 yang masih belajar dengan pendapatan tak seberapa.

Dalam keadaan ini ada pula yang mengambil kesempatan. Pihak perkhidmatan sekuriti yang agak pressure kami untuk menandatangani persetujuan memasang pagar hijau dan khidmat sekuriti yang saya sendiri tidak nampak tujuannya kerana pagar masih boleh di potong dan sekuriti hanya seorang diri di post. Sekuriti pula berasal dari negeri asing. Nyawa kita di serah kepada Rakyat Myammar, Bangla dsb. ? Perkhidmatan ini mengenakan bayaran bulanan. Adakah Malaysia tidak selamat?

Jam 8.10pm baru tadi,(16.05.2011) sebelum saya menulis ini, jiran saya telah di samun oleh empat orang berpakaian hitam bertopeng yang menyerang sesampai mereka ke hadapan rumah meraka.Hanya sekelip mata penyamun2 bertindak. Mereka  begitu berani menyerang  empat  buah kereta serentak dari hutan belukar yang di hadapan rumah kami di Jalan Ayu 24 Taman Pelangi Indah 81800 Ulu Tiram Johor, dengan bersenjatakan benda tajam, memecah cermin kereta dan terus menyamun wang, telefon mahal2  dan benda yang berharga lain. Menurut jiran saya tidak kurang 10 ribu ringgit semuanya. Selepas itu mereka menyelinap balik ke dalam belukar.  Polis datang tapi sudah terlalu terlambat, lagi pun sudah gelap di hutan. Polis tidak dapat kesan atau buat apa2. Kalau K9 ada harus dapat megesan track. Jiran saya dari tadi sampai sekarang belum balik lagi kerana harus ke Polis Central untuk berjumpa pegawai penyiasat. Sekarang sudah hampir jam 1.00mlm.

3 Hari dulu..jam 8.41pm ( 14.05.2011), Kereta adik saya yang baru sahaja  di letakkan di depan rumahnya di 53 Jalan Ayu 23, Taman Pelangi Indah 81800 Ulu Tiram di pecah juga, tapi mereka cabut lari sebaik alarm kereta berbunyi dan hanya sempat melarikan sedikit wang , talipon, jam tangan di dalam deskbox. Kami talipon polis sebaik saja berlaku, Kami buat lapuran di balai berdekatkan dan seterusnya di suruh ke polis central..selesai proses lapuran dan dengan pegawai penyiasat pukul 2 mlm. Kami terpaksa mengangkut 2 anak kecil bersama2  dengan keadaan kaca berteraburan di dalam kereta 17 batu dari balai berdekatan yang menyuruh kami ke polis central di pusat bandaraya ..semua ini hanya untuk menambah statistik supaya pihak berkuasa tahu adanya jenayah berlaku.

Proses melapur polis sebeginilah yang menyebabkan ramai yang tidak acuh untuk membuat lapuran kepda polis. Mereka tahu barang mereka tentu tak dapat balik, penjenayah pula tengah happy2 joli..kita pula terpaksa bersusah payah menunggu dsbnya.

Saya menulis ini kerana saya sangat berasa takut terutama demi anak2 saya. Perkara perkara berikut harus di ambil tindakkan oleh pihak berkenaan.
  1. Pemaju  harus bertanggungjawab  menebas dan membersihkan kawasan berlukar disana sini didalm taman ini supaya penjenayah tidak dapat sekodeng dan sembunyi.
  2. Pihak perkhidmatan sekuriti tidak boleh mengambil kesempatan sehingga menyukarkan kami.
  3. Polis adalah di minta membuat pematauan dari masa  di kawasan kawasn belukar untuk memastikan tiada potensi perompak bersembunyi dan bersekodeng.
MINTAK LAH TOLONG SANGAT2. SAYA DAN SEMUA DISINI HIDUP SEHARIAN DALAM KETAKUTAN. HARUSKAH KAMI HIDUP DALAM KURUNGAN? ANAK2 TERPAKSA KELUAR MASUK BERSEKOLAH DSBNYA. TIDUR PUN TIDAK LENA.

Terima Kasih dari seorang ibu.
By: Intan Mohd

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More