Video

AWAS! Penjenayah Ada Di Mana-mana

Anda perlu bersedia. Mereka akan bertindak ketika anda sedang leka. Lakukan sesuatu demi keluarga tersayang.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Thursday, 11 August 2011

Jangan Beli Padlock Murah Kalau Tak Nak Rumah Dimasuki Pencuri


Menjelang hari raya yang bakal tiba ramai perantau sudah berkira-kira untuk pulang ke kampung. Kemeriahan raya suadah terbayang di ruang mata. Orang-orang tersayang, juadah buatan tangan ibu dan suasana riuh rendah akan sentiasa bermain di minda.


Namun aspek keselamatan rumah perlu diutamakan. Dalam sibuk kita meraikan hari lebaran ada pula segelintir manusia bermaharajalela dan mengambil kesempatan untuk melakukan jenayah pecah rumah. Sebenarnya kebanyakan jenayah pecah rumah berpunca daripada sikap tuan rumah yang tidak menutup sepenuhnya ruang dan peluang serta benteng pertama pertahanan kita kepada tukang pecah rumah.


Umpamnaya ramai daripada kita tidak sedar atau tidak tahu atau tidak mengambil berat tentang jenis padlock yang digunakan. Umpamanya penggunaan padlock di atas sangat menbantu tukang pecah rumah untuk memecah rumah anda tidak sampai dalam masa 30 saat. Padlock seperti gambar di atas meninggalkan ruang yang besar antara padlock dan telinga ensel apabila di kunci.



Tukang pecah rumah yang profesional hanya perlu memasukkan muncung skrewdirver ke dalam ruang padlock tersebut dan memusingkan skrewdriver tersebut sehingga mampu mematahkan telinga ensel dalam masa yang sangat singkat. Inilah apa yang diberitahu oleh pakar analisis jenayah Kamal afendi dalam rancangan dialog di tv1 tadi.

Dengan hanya melakukan sedikit perubahan terhadap jenis padlock yang digunakan anda dapat mengurangkan risiko rumah anda di pecah masuk sehingga 70%. Penggunaan padlock yang betul ialah menggunakan padlock berseluar panjang seperti gambar di atas atau padlock yang tidak meninggalkan apa-apa ruang di antara ensel dan telinga ensel seperti gambara di bawah. Ini akan menyebabakan tukang pecah rumah tidak dapat memasukkan sebarang objek keras seperti skrewdriver untuk mematahkan telinga ensel. Sekali lagi perubahan kecil membawa makna yang besar.....Hanya dengan penggunaan padlock yang tidak memberi ruang anda dapat menyelamatkan harta benda anda yang sangat bernilai atau personal item yang sangat anda sayang...

Kes Rompakan Pecah Rumah Di Subang Jaya USJ 3 2011

Gambar kes rompakan pecah rumah di Subang Jaya USJ 3

17 April yang lalu, sebuah rumah di Subang Jaya USJ 3/3 telah dirompak dan dikira sebagai kes pecah rumah, melibatkan 4 orang lelaki berbangsa india yang memakai topeng.
Berikut merupakan kenyataan yang ditulis mengenai tragedi yang berlaku ini :
"My friend’s house was broken into last night (17/4/11) at around 10.20 pm in the USJ 3/3 area. 4 Indian guys dressed totally in black and wearing masks and gloves scaled her wall and prised up her inner grille gate (pls see attached photo). Shocking!
She and her husband were upstairs while her 12 yr old son and maid were downstairs. Her son heard the sound of the robbers breaking in and ran upstairs but the robbers were so fast. One held a parang to my friend’s neck while another held a sword to her husband’s neck. Fortunately, after taking their jewellery, money, laptop and handphones, they left. No one was injured.
Please be on the alert."
grill pecah rumah Gambar kes rompakan pecah rumah di Subang Jaya USJ 3

Bahaya betul, pintu pagar dah kunci pun boleh dibuka sampai bengkok-bengkok. Mungkin besi pagar tu besi pagar murahan? Made in China? Atau kerana besi pagar tersebut jenis besi kosong yang sememangnya mudah untuk dilenturkan?

Apa-apa pun, sila berjaga-jaga dan amalkan keselamatan yang lebih unutk diri anda dan keluarga. Nasib baik ahli keluarga mangsa tidak diapa-apakan.

 Petikan dari http://notakosong.com

Aksi Brutal Penjenayah Malaysia

Kejadian jenayah ragut, pukul, pecah rumah dan culik nampaknya tidak berkurangan walaupun pihak PDRM telah mula mengarahkan 6,000 anggota yang sebelum ini membuat kerja-kerja pentadbiran untuk turun membuat rondaan.

Penjenayah juga semakin berani dan ‘brutal’.  Seminggu yang lalu kita dikejutkan dengan kejadian di mana seorang warga Indonesia ditikam mati hanya kerana gagal mendapatkan wang RM10 sebagai upah menunjukkan arah di Stesen LRT Sultan Ismail berdekatan Wisma Sime Darby Kuala Lumpur.

Hari ini kita dikejutkan lagi dengan aksi ‘brutal‘ penjenayah yang sanggup mengejar dan memanjat pagar untuk meragut rantai emas dari seorang wanita dalam kawasan pagar rumah jiran wanita berkenaan.
Mana tak brtutal, dah la panjat pagar untuk meragut siap bawak parang lagi, mujur wanita berkenaan tak ditetak dan yang paling menakutan ialah jenayah ini dilakukan pada waktu siang hari.

Penjenayah brutal
Penjenayah brutal (sumber:nst.com.my)

Kalau kita imbas kembali berita jenayah pecah rumah, samun dan ragut sejak awal tahun ini kita akan dapati bahawa jenayah ini berlaku hampir setiap hari.  Penjenayah juga semakin brutal dan kita tidak nampak tanda-tanda yang jenayah ini akan berkurangan.

Nampaknya kita perlu sentiasa berwaspada dan mengambil inisiatif sendiri agar risiko ini dapat dielakkan atau setidak-tidaknya kebarangkaliannya untuk menimpa diri dan keluarga kita dapat diminimakan.
Kadang-kadang kecuaian kita (orang putih kata ‘take for granted’) atau ahli keluarga sendiri yang mengundang jenayah, contohnya tidak mengunci pintu rumah dan pintu pagar bila keluar rumah dengan alasan kita perlu keluar sebentar sahaja.

Berita Kes Pecah Rumah Di Senawang

Kes Pecah Rumah Semakin Tak Terkawal di Senawang 




Harian Metro
 
SEREMBAN: Kira-kira 1,000 penduduk Taman Lavender Height, Senawang, dekat sini, kini perlu lebih berwaspada terutama pada waktu malam susulan beberapa kejadian pecah rumah yang berlaku sejak kebelakangan ini dipercayai didalangi warga asing.

Sejak awal tahun ini hingga akhir bulan lalu, sekurang-kurangnya tiga kes pecah rumah dilaporkan membabitkan beberapa rumah penduduk di taman berkenaan terutama pada tengah malam dan awal pagi.

Kebanyakan kediaman yang menjadi sasaran mereka itu ialah rumah yang terletak di bahagian tepi atau berhampiran kawasan lapang kerana dipercayai memudahkan mereka melarikan diri selepas melakukan kegiatan jenayah.

Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Lavender Height, Mohamad Ghazi Rashid, 45, berkata pihaknya mendapati kumpulan penjenayah terbabit menceroboh masuk dalam kawasan rumah melalui beberapa lokasi tertentu.

Beliau berkata, mereka menggunakan pelbagai cara antaranya memotong bahagian bawah dawai pagar dan menanggalkan pintu pagar kecil yang terletak di bahagian belakang selain memanjat pagar sebelum menceroboh rumah penduduk.

“Setakat enam bulan pertama tahun ini, sekurang-kurangnya tiga kes pecah rumah dilaporkan penduduk kepada KRT taman ini manakala sepanjang tahun lalu dan tahun sebelumnya, lebih daripada 10 kes dilaporkan.

“Kejadian pecah masuk terbaru berlaku kira-kira dua minggu lalu membabitkan sebuah rumah teres di Jalan 21 dan berdasarkan maklumat mangsa, kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 2 pagi ketika dia dan ahli keluarga tidur,” katanya.

Beliau berkata, seorang daripada ahli keluarga terbabit terjaga selepas mendengar bunyi pintu dapur seperti diumpil dan dia terus pergi di bahagian berkenaan.

Menurutnya, sebaik menyedari ada penghuni rumah terbabit yang datang ke arah dapur rumah itu, penceroboh terbabit melarikan diri.

Katanya, pemerikasaan mendapati jeriji pintu itu dipotong manakala terdapat kesan umpil pada pintu.

“Dalam kes lain sebelum ini, juga mendapati penceroboh menggunakan kaedah sama iaitu memasuki rumah melalui pintu dapur sebelum masuk ke bilik dan mengambil barangan berharga,” katanya.

Berikutan kejadian itu, beliau berkata, anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang diwujudkan di bawah seliaan KRT taman itu memperhebatkan aktiviti rondaan bermula jam 11 malam hingga 6 pagi pada setiap Jumaat hingga Ahad.

“Selain itu, kami melakukan rondaan mengejut pada malam tertentu bagi mengesan kemungkinan ada individu atau kumpulan tertentu yang cuba mengambil kesempatan untuk melakukan kegiatan jenayah terhadap penduduk taman ini.

“Menjadi matlamat kami untuk memastikan taman ini bebas kegiatan jenayah,” katanya.

Sementara itu, penduduk, Mohamad Yusof Mat, 64, berkata rumah jirannya pernah dimasuki pencuri awal bulan lalu, namun pencuri terbabit gagal memenuhi hajat mereka apabila penghuni berkenaan bertindak pantas menghalang tindakan mereka dengan kerjasama anggota SRS.

Beliau yang juga pesara kerajaan berkata, kewujudan SRS di taman itu banyak membantu dalam menyelesaikan pelbagai masalah membabitkan aktiviti pecah masuk, sekali gus memastikan keselamatan penduduk terjamin.

http://www.hmetro.com.my

Cerita Sedih Dari Mangsa Kes Pecah Rumah.....Sila Ambil Iktibar!


pecah rumah

Petikan dari blog http://mirocornerz.blogspot.com . Thanks!

Assalamualaikum…ha, geng…lu apa crita…ari ni gua ada crita..critanya agak buleh hangin satu badan…marah, bengang, sedih..perasaan ku bercampur baur…Hari ini aku ada tragedi yg xdiingini berlaku..critanya seperti yg tertera di bahagian tajuk tu…Rumahku Di Pecah Masuk..

Pada hal, pencuri tu xpecah apa2 pun…aku pun xtau ar…geram gila ar lahanat2 tu...tapi aku xleh salahkan seratus peratus kpd pencuri sebabnya kecuaian aku dan housemate aku gak…kunci pintu umah ala kadar jer…Barang yg ilang suma barang housemate aku 2 org tu.

Kira2 nya kejadian berlaku antara pukul 11 – 12 pagi tadi lah…suma pakat dop tido mati..xsedarkan diri suma…hari cuti kan…membuta lelebih ar..tp aku solat Jumaat xponteng..ahaks…Jumlah kerugian boleh dianggarkan 2 ribu gak ar…huh, byk tu. Pencuri tu menyelinap masuk dan telah mencuri..ye ar dah nama pencuri mestilah mencuri xkan nak membasuh pulak kan..haiyaa…2 bijik handphone dan satu dompet berserta cash bernilai RM250++…

Selepas solat Jumaat, mangsa yakni housemate aku pergi report polis dan dalam pukul 6 ptg camtu, 2 org polis datang interbiu  kami bertiga sambil snap2 pic lokasi kejadian..Aku x menjadi mangsa sebab aku tido dlm bilik tp pintu bilik aku ternganga luas…Nasib baik ar laptop 3  bijik kat ruang tamu (termasuk aku punya ar) tu si celaka tu xsebat gak…klu ilang gak mmg aku menangis xberlagu la…SIAL PENCURI..


Untuk pengetahuan umum, sepanjang aku dop umah sewa kawasan Sg Rasau Shah Alam ni, dah 3 kali kejadian pencuri masuk umah (termasuk hari ni la). Tp 2 kejadian awal tu kat umah lama yg berada di blok lain. Syukur Alhamdulillah, barang2 aku belum jadi mangsa lagi…Semuanya kes kunci pintu umah ala kadar jer…Pintu jeriji besi ada tp xnak kunci…Kes lebih kurang, tido di ruang tamu. Yang second tu, aku xda kat umah..bercuti balik kg…

Kesian kat memember aku, sorang ilang HP yg dibeli bulan 7 thn lepas, harga 1 ribu lebih..sorang lagi HP harga 400 dgn dompet yg ada cash money RM250 ++…Aku suspek budak2 celaka area taman ni jer…sbb mangsa cuba telefon HP dia, ada org angkat tp suara halus2 cam perempuan pun ada, cam bebudak pun ada…

So, kami berdoa je la kat Tuhan…benda dah jadik dan susah pak polisi nak selesaikan kes camni…xda bukti..xda jejak apa2…nak wat camna..benda berlaku dek kesilapan sendiri..pencuri buat kerja dia jer..ahaks..ayat macam bela si lahanat pencurik plak dah…CELAKA PENCURI..Sekian, Terima Kasih..Kita kembali ke Sri Pentas..

Moral of the story – Kuncilah pintu rumah anda sebaik mungkin. Pencuri ada di mana2..

Berita Kes Pecah Rumah Di Nusajaya

KEJAYAAN POLIS MENYELESAIKAN KES PECAH RUMAH DI NUSAJAYA

 






Pada 23 Mei 2011 jam 3.45 petang, sepasukan anggota Cawangan Pencegahan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD ) Nusajaya telah menahan sebuah kereta Nissan Sentra dinaiki oleh ( 3 ) lelaki Cina di kawasan Bukit Indah. Pemeriksaan yang dibuat di dalam kereta tersebut, pihak polis telah menjumpai beberapa alat pemutar skru, spanar, gunting besi, grander dan set allenkey pelbagai saiz. Ketiga-tiga lelaki Cina berumur 33 hingga 40 tahun telah ditangkap kerana terlibat dalam kes-kes pecah rumah.

Ekoran dari tangkapan ini, pihak polis telah menangkap seorang perempuan Cina berumur 36 tahun di sebuah hotel di Johor Bahru jam lebih kurang 9.00 malam pada hari yang sama. Hasil pemeriksaan ke atas kereta Toyota Camry miliknya, pihak polis telah merampas beberapa buah komputer riba, jam tangan, kamera digital dan lain-lain barangan yang dipercayai telah dicuri.

Pihak polis telah menjalankan siasatan lanjut pada 28 Mei 2011 jam lebih kurang 1.30 pagi telah berjaya menangkap dua ( L ) Cina dan seorang ( P ) Cina berumur antara 28 hingga 38 tahun di Bandar Jaya Putra, Setia Indah. Pihak polis telah merampas pelbagai hasil pecah rumah antaranya LCD TV, beberapa buah komputer riba, CPU komputer, digital audio, set home theater, beberapa utas jam tangan, kamera, telefon bimbit dan kereta Toyota Caldina yang dilaporkan hilang bersabit Pelabuhan Klang Rpt: 1841/11.

Semakan rekod mendapati tiga saspek mempunyai kesalahan lampau iaitu Seksyen 457 Kanun Keseksaan ( wanted ) pada tahun 2009 di Kangkar Pulai Nusajaya, Seksyen Akta Dadah Berbahaya 1952 pada tahun 2008 di Johor Bahru Selatan, Seksyen 39A Akta Dadah Berbahaya ( wanted ) pada tahun 2007 di Bandar Hilir, Melaka dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya pada tahun 2007 di Bandar Hilir. Daripada ahli kumpulan ini telah ditangkap di bawah Sesyen 3 (1) Ordinan darurat pada 07 Jun 2011. Seorang saspek telah diserahkan untuk tindakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka manakala tiga orang dibebaskan. Dengan tumpasnya kumpulan ini, sebanyak 10 kes pecah rumah di kawasan bandaraya telah berjaya diselesaikan.

Sila Ambil Iktibar Terhadap Kes Kecurian Dan Pecah Rumah Ini!

Jenayah Pecah Rumah dan Kereta di Taman Pelangi Indah

Keluhan Si Ibu Yang Dalam Ketakutan.....
 
Salam kepada semua serta yang berkhidmat untuk rakyat.

Jenayah rompakan, kecurian, pecah rumah dan kereta yang di `park’ hadapan rumah sendiri memang bukan perkara asing. Pihak penduduk telah ikhtiar membuat precaution dengan memasang pagar tambahan, alarm dsbnya.

Kes  aduan ini adalah berkenaan  hutan belukar yang berhadapan dengan deretan rumah yang sekarang saya diami tidak kurang 50 ekar. Dulu sebelum kami membeli rumah Taman Perumahan ini, pihak pemaju menyatakan akan dibangunkan juga tetapi sudah hampir 10 tahun hanya hutan semakin menebal. Kawasan perumahan yang di maksudkan adalah di:-Taman Pelangi Indah, Ulu Tiram 81800 Johor.

Baru baru ini jenayah semakin menjadi. Perompak bersembunyi di dalam hutan menunggu mangsa. Bila berpeluang samada memecah masuk rumah atau kereta atau terus menyerang mangsa semasa penduduk dalam process untuk memasuki rumah atau keluar rumah. Selepas penduduk menjadi mangsa, ada mengambil keputusan berpindah ke kawasan lain. Itu yang bagi mereka yang  menyewa tapi apa pula nasib kami yang telah membeli rumah dan menetap disini? Rumah saya sendiri pernah juga di pecah masuk 2X sewaktu kami balik kampong walaupun pagar tajam dipasang tinggi dan ada alat penggera, lampu di pasang berlebihan. Semua ini kos yang lebih terpaksa saya tanggung walaupun sebagai ibu tunggal dan masih menanggung anak2 yang masih belajar dengan pendapatan tak seberapa.

Dalam keadaan ini ada pula yang mengambil kesempatan. Pihak perkhidmatan sekuriti yang agak pressure kami untuk menandatangani persetujuan memasang pagar hijau dan khidmat sekuriti yang saya sendiri tidak nampak tujuannya kerana pagar masih boleh di potong dan sekuriti hanya seorang diri di post. Sekuriti pula berasal dari negeri asing. Nyawa kita di serah kepada Rakyat Myammar, Bangla dsb. ? Perkhidmatan ini mengenakan bayaran bulanan. Adakah Malaysia tidak selamat?

Jam 8.10pm baru tadi,(16.05.2011) sebelum saya menulis ini, jiran saya telah di samun oleh empat orang berpakaian hitam bertopeng yang menyerang sesampai mereka ke hadapan rumah meraka.Hanya sekelip mata penyamun2 bertindak. Mereka  begitu berani menyerang  empat  buah kereta serentak dari hutan belukar yang di hadapan rumah kami di Jalan Ayu 24 Taman Pelangi Indah 81800 Ulu Tiram Johor, dengan bersenjatakan benda tajam, memecah cermin kereta dan terus menyamun wang, telefon mahal2  dan benda yang berharga lain. Menurut jiran saya tidak kurang 10 ribu ringgit semuanya. Selepas itu mereka menyelinap balik ke dalam belukar.  Polis datang tapi sudah terlalu terlambat, lagi pun sudah gelap di hutan. Polis tidak dapat kesan atau buat apa2. Kalau K9 ada harus dapat megesan track. Jiran saya dari tadi sampai sekarang belum balik lagi kerana harus ke Polis Central untuk berjumpa pegawai penyiasat. Sekarang sudah hampir jam 1.00mlm.

3 Hari dulu..jam 8.41pm ( 14.05.2011), Kereta adik saya yang baru sahaja  di letakkan di depan rumahnya di 53 Jalan Ayu 23, Taman Pelangi Indah 81800 Ulu Tiram di pecah juga, tapi mereka cabut lari sebaik alarm kereta berbunyi dan hanya sempat melarikan sedikit wang , talipon, jam tangan di dalam deskbox. Kami talipon polis sebaik saja berlaku, Kami buat lapuran di balai berdekatkan dan seterusnya di suruh ke polis central..selesai proses lapuran dan dengan pegawai penyiasat pukul 2 mlm. Kami terpaksa mengangkut 2 anak kecil bersama2  dengan keadaan kaca berteraburan di dalam kereta 17 batu dari balai berdekatan yang menyuruh kami ke polis central di pusat bandaraya ..semua ini hanya untuk menambah statistik supaya pihak berkuasa tahu adanya jenayah berlaku.

Proses melapur polis sebeginilah yang menyebabkan ramai yang tidak acuh untuk membuat lapuran kepda polis. Mereka tahu barang mereka tentu tak dapat balik, penjenayah pula tengah happy2 joli..kita pula terpaksa bersusah payah menunggu dsbnya.

Saya menulis ini kerana saya sangat berasa takut terutama demi anak2 saya. Perkara perkara berikut harus di ambil tindakkan oleh pihak berkenaan.
  1. Pemaju  harus bertanggungjawab  menebas dan membersihkan kawasan berlukar disana sini didalm taman ini supaya penjenayah tidak dapat sekodeng dan sembunyi.
  2. Pihak perkhidmatan sekuriti tidak boleh mengambil kesempatan sehingga menyukarkan kami.
  3. Polis adalah di minta membuat pematauan dari masa  di kawasan kawasn belukar untuk memastikan tiada potensi perompak bersembunyi dan bersekodeng.
MINTAK LAH TOLONG SANGAT2. SAYA DAN SEMUA DISINI HIDUP SEHARIAN DALAM KETAKUTAN. HARUSKAH KAMI HIDUP DALAM KURUNGAN? ANAK2 TERPAKSA KELUAR MASUK BERSEKOLAH DSBNYA. TIDUR PUN TIDAK LENA.

Terima Kasih dari seorang ibu.
By: Intan Mohd

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More